Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Belanda usir diplomat Rusia

    LONDON, 19 FEB – Belanda pada Sabtu memutuskan untuk mengusir beberapa diplomat Rusia dan mengehadkan jumlah pegawai kanan berikutan pertikaian berterusan antara kedua-dua negara, lapor agensi Anadolu.

    Menteri Luar Belanda, Wopke Hoekstra mendakwa Rusia cuba menempatkan pegawai perisikannya ke negara itu.

    “Percubaan berterusan Rusia untuk menugaskan pegawai perisikan ke Belanda di bawah perlindungan diplomatik tidak boleh diterima,” menurut dakwaan Hoekstra di Twitter.

    Belanda turut menutup konsulat jeneral di Saint Petersburg dan Pejabat Perdagangan Rusia di Amsterdam, katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...