Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Belarus, China terus tingkat hubungan

    BEIJING, 4 DIS – Presiden China, Xi Jinping, dan Alexander Lukashenko mengalu-alukan peningkatan hubungan hari ini, setelah mereka mengadakan perbincangan semasa lawatan kedua pemimpin Belarus ke Beijing pada tahun ini.

    Lukashenko, sekutu rapat Rusia, tiba di China kelmarin untuk lawatan yang dijangka berlangsung sekurang-kurangnya dua hari.

    Lukashenko kali terakhir ke China pada bulan Februari, iaitu lawatan yang meneliti tentang serangan Rusia terhadap Ukraine.

    “Belarus akan menjadi rakan yang boleh dipercayai untuk China,” kata Lukashenko kepada Xi hari ini, menurut pejabat presiden Belarus.

    “Kami sudah lama memutuskan bahawa kami akan bekerjasama… dan menjadi sahabat dengan China,” katanya.

    “Persahabatan ini lebih dari 30 tahun dan tidak akan beralih arah.”

    Xi, sebaliknya, berkata ‘kepercayaan politik’ dan ‘kerjasama antarabangsa’ antara kedua-dua buah negara telah menjadi lebih kuat sejak lawatan terakhir Lukashenko, menurut penyiar negara China, CCTV.

    China ‘sangat menyokong Belarus dalam perkembangan pembangunan yang selaras dengan keadaan negara, dan menentang campur tangan oleh kuasa luar dalam hal ehwal dalaman Belarus,’ kata Xi. – AP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...