Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Israel bom kediaman warga Jordan di Gaza

    AMMAN, 4 DIS – Kementerian Luar dan Ekspatriat Jordan kini memantau situasi selepas tentera pendudukan Israel mengebom kediaman rakyatnya di Semenanjung Gaza.

    “Kami telah menghubungi warga kami dan keluarganya yang melaporkan rumah mereka di situ dibom, menyebabkan anak lelakinya terbunuh dan seorang lagi cedera,” lapor agensi berita Jordan, Petra memetik jurucakap kementerian, Sufyan Qudah pada petang kelmarin.

    “Anak lelaki yang cedera berada dalam koma dan sedang menerima rawatan di Hospital Baptist di Semenanjung Gaza,” menurut Qudah.

    Kementerian sedang memantau keadaan warganya itu, dan berusaha untuk memindahkan anaknya yang cedera di hospital lapangan Jordan sehingga mereka dapat dibawa balik ke Jordan.

    Menurut Qudah, kerajaan Jordan mempersalahkan sepenuhnya tentera Israel atas keselamatan keluarga itu dan semua warga negaranya yang tidak dapat meninggalkan Semenanjung Gaza.

    Israel meneruskan pencerobohannya di Semenanjung Gaza pada 7 pagi Jumaat, sejurus selepas tamatnya gencatan senjata selama tujuh hari yang dirundingkan oleh Mesir, Qatar dan Amerika Syarikat. – Bernama

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...