Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Belia mampu mainkan peranan penting

    Oleh Sim Y. H.

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 Julai – Golongan belia mampu memainkan peranan penting dalam menangani atau mengurangkan risiko bencana serta menjadi sukarelawan dalam membantu kerja-kerja bantuan semasa berlakunya sesuatu bencana.

    Dalam hubungan itu, untuk meningkatkan kesedaran dan pemahaman golongan mengenai Pengurangan Risiko Bencana (DRR) khususnya bagi peserta belia di negara ini, Alert on Disasters Awareness (ADA) telah mengadakan Bengkel DRR yang berlangsung di Pusat Belia, Bandar Seri Begawan, selama tiga hari bermula 21 hingga 23 Julai lalu.

    Bengkel yang memberi tumpuan untuk meningkatkan pemahaman mengenai kesedaran DRR di kalangan belia, diasaskan oleh Alumni Program Sukarelawan Belia ASEAN (AYVP) 2016, Dayang Nuratikah Daud dan Toh Yee Von di mana ia disertai oleh seramai 14 orang peserta.

    Bengkel itu dikendalikan oleh seramai 10 orang fasilitator terlatih serta turut menampilkan sesi perkongsian oleh lima orang alumni AYVP 2016 iaitu dua orang dari Filipina, seorang dari Singapura dan dua orang lagi dari Indonesia di mana mereka berkongsi pengalaman mereka melaksanakan kerja-kerja sukarelawan dalam bidang DRR.

    Semasa bengkel itu juga, para peserta mendengarkan taklimat daripada beberapa buah agensi yang terlibat dalam pengurusan pengurangan risiko bencana iaitu Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC), Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam dan Society for Community Outreach and Training (SCOT).

    Sesi bergambar ramai antara belia-belia yang menyertai bengkel tersebut.
    Sesi bergambar ramai antara belia-belia yang menyertai bengkel tersebut.
    Wakil dari Indonesia ketika menyampaikan perkongsiannya.
    Wakil dari Indonesia ketika menyampaikan perkongsiannya.

    Agensi-agensi berkenaan berkongsi mengenai dengan pengurusan pengurangan risiko bencana bagi masyarakat umum, pengetahuan asas mengenai DRR, kemahiran asas menyelamatkan nyawa dan menangani kecederaan, kemiskinan serta kesukarelawanan.

    Para peserta juga mendengar ceramah mengenai ‘Komuniti ASEAN’ yang disampaikan oleh dua-duta belia ASEAN.

    Salah seorang peserta bengkel, Awang Mohamad Ridzwan bin Haji Moksin menyatakan bahawa bengkel itu membantu mereka untuk merubah pemikiran mereka sebagai pemimpin belia untuk lebih peka serta mengetahui mengenai isu-isu bencana yang dihadapi oleh negara serta untuk menggalakkan mereka upaya tampil ke hadapan secara sukarela bagi menghadapi kemungkinan di hari-hari yang akan datang.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda