Thursday, January 30, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bella bukan ‘jual’ anak raih simpati

    Pelakon dan penyanyi Bella Astillah menepis dakwaan mempergunakan dua orang anaknya iaitu Ayden Adrean, 7, dan Ara Adreanna, 4, sebagai bahan kandungan di media sosial bagi tujuan meraih simpati ramai.

    Enggan ambil pusing pandangan orang sekeliling, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, menjadikan setiap kecaman itu sebagai pembakar semangat.

    “Kadang-kadang anak memang selalu dengan Bella. Ada momen bukan Bella yang rakam, tapi pasukan di belakang tabir yang ambil video. Bella hanya repost.

    “Apa pun tanggapan orang, Bella tak kisah. Komen negatif Bella jadikan pembakar semangat dan komen positif beri motivasi untuk buat lebih baik,” katanya kepada mStar.

    Bella ditemui semasa majlis media gathering Nabila Razali dan Bella Astillah yang berlangsung di Kuala Lumpur, kelmarin.

    Bella kekal bersemangat untuk mencari rezeki buat anak-anaknya. – mStar

    Sebelum ini timbul dakwaaan kononnya Bella memuat naik video bersama anak-anak sewaktu membuat ulasan produk jenama luar untuk meraih simpati dan tontonan.

    Tambah penyanyi itu melakukan kandungan di media sosial juga sebagai salah satu punca rezeki untuk menampung kehidupan keluarga.

    “Bella memang dah biasa berniaga. Dari sekolah lagi Bella jual kuih raya dan laksa untuk pendapatan sampingan. Jadi, bila ada peluang sekarang, Bella teruskan tradisi itu.

    “Bila ada orang bagi kerja, Bella bersyukur sebab itu juga rezeki untuk anak-anak dan keluarga,” ujarnya.

    Untuk rekod, Bella Astillah, bercerai talak satu dengan pelakon Aliff Aziz, pada 13 Jun lalu. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda