Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Bella Hadid akui berpuasa sejak kecil

    Supermodal terkenal, Bella Hadid merupakan salah seorang bintang yang glamour di Hollywood. Walaupun dia hanya bergelar seorang peragawati namun dia berdiri sebaris dengan selebriti popular yang lain dek popularitinya.

    Umum mengetahui, Bella merupakan seorang gadis berketurunan Palestin di sebelah bapanya, Mohamed Anwar Hadid. Bella atau nama sebenarnya Isabella Khair Hadid diajar untuk memahami tradisi masyarakat Muslim sejak kecil termasuklah belajar berpuasa.

    Dalam satu temubual bersama Harper’s Bazaar, Bella mengakui yang sewaktu kecil dia rajin berpuasa dan menikmati proses tersebut.

    Ujarnya, “Kami merayakan Hari Raya bersama-sama dan juga berpuasa ketika bulan Ramadan, saya mengamalkannya sejak kecil lagi.”

    Walaupun begitu, gadis berusia 25 tahun ini berkongsi yang kini atas beberapa sebab dia semakin tidak mengikut ajaran berpuasa di bulan mulia ini.

    Bella yang berketurunan Palestin diajar untuk memahami tradisi masyarakat Muslim sejak kecil termasuklah belajar berpuasa. – Agensi

    “Namun semakin menginjak dewasa, disebabkan bekerja dan bersekolah saya tidak mampu utnuk berpuasa panjang,” kongsinya.

    Ramai yang tertanya-tanya apakah agama yang dianuti gadis ini, kerananya ibunya Yolanda Hadid bukanlah seorang penganut agama Islam walaupun ayahnya merupakan seorang Muslim yang masih mengamalkan amalan yang dianjurkan agama.

    Dia yang tidak selesa bercerita tentang agamanya, lebih suka memberi respon yang mereka sekeluarga merayakan semua perayaan.

    “Ayah merupaka seorang yang bersemangat dalam mengajar soal agama dan budaya dan disebabkan itu saya menjadi seorang yang lebih bersemangat untuk mempelajari asal usul,” kongsinya lanjut.

    Walaupun tidak mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya, Bella lantang mempertahankan hak warga Palestin yang ditindas zionis Israel.

    Dia merupakan antara selebriti yang kerap memberi pendedahan terhadap isu keganasan yang melanda rakyat Palestin. Bahkan sebelum ini dia pernah menyertai demonstrasi jalanan yang bertujuan mendesak warga dunia membuka mata terhadap apa yang terjadi kepada masyarakat di sana. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...