Monday, April 22, 2024
28.3 C
Brunei

    -

    Bella nafi tak matang tangani isu penyondol

    Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menepis tuduhan warganet mendakwanya masih tidak move on dan tidak matang dalam menangani isu penyondol membabitkan rumah tangganya.

    Isu timbul selepas Bella tampil dengan beberapa kenyataan panas sebaik sahaja menyedari kehadiran pelakon, Sophia Albarakbah pada sebuah program realiti membabitkan suaminya, Aliff Aziz sebelum ini.

    Ketika ditemui XTRA, Bella berkata, dia kini mahu fokus dalam memberikan yang terbaik buat keluarga, sekali gus meletakkan kepercayaan terhadap suaminya.

    “Cakap soal status, Alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja. Bagi saya, kalau boleh nak lepaskan sahaja perkara itu.

    “Lepas kenyataan itu, Aliff ada memujuk secara peribadi, kalau boleh saya tidak mahu sedih-sedih lagi.

    Bella kini mahu fokus berikan yang terbaik buat keluarga. – mStar

    “Tidak ada rasa tidak selamat sebab saya sudah cukup dewasa.

    “Kalau ada orang kata saya tidak percayakan Aliff, silap! Saya meletakkan kepercayaan kepadanya. Sebab itu saya beri Aliff peluang kedua,” katanya.

    Bella atau nama penuhnya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 29, berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada sidang media Dapur Panas Selebriti di Hotel Le Quadri, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

    Selain itu, Bella meminta maaf kepada mana-mana pihak tersinggung dan kurang senang dengan kenyataan dikeluarkannya membabitkan aktres berkenaan.

    “Saya minta maaf jika ada yang terasa hati dengan hantaran saya sebelum ini hingga ada yang kata saya kurang matang.

    “Saya harap yang terbaik dan tak mahu sedih lagi. Saya mahu tutup buku.

    “Saya juga mahu bersikap positif sahaja sekarang ini,” jelasnya.

    Sekadar info, Bella bersama ibunya, Zarina Salleh, 47, teruja apabila dipilih menjadi salah seorang peserta Dapur Tempur Selebriti yang akan disiarkan di TV9 pada 18 November depan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Parti Presiden Maldives dijangka menang besar dalam pilihan raya

    NEW DELHI, 22 APRIL - Parti Presiden Mohamed Muizzu dijangka menang besar dalam Pilihan Raya Parlimen Maldives, kelmarin. Menurut media tempatan, parti Muizzu Kongres Nasional...