Tuesday, March 18, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bellingham catat gol pertama di Madrid

    HOUSTON, 27 JULAI – Jude Bellingham mencatat gol pertamanya bersama Real Madrid apabila pasukan gergasi Sepanyol itu menewaskan Manchester United 2-0 dalam perlawanan persahabatan pra-musim di Houston semalam.

    Pemain tengah Inggeris Bellingham, yang baru sahaja menyertai Madrid dari Borussia Dortmund dengan perpindahan bernilai $114 juta pada Jun lalu, berjaya membuka akaun golnya dengan rembatan yang hebat selepas hanya enam minit.

    Pemain pertahanan Real Madrid, Antonio Rudiger, melakukan hantaran cemerlang, mengelirukan pertahanan Manchester United dan memberi Bellingham peluang emas untuk bergerak pantas ke gawang.

    Pemain berusia 20 tahun itu mengawal bola dengan lincah dan melepaskan rembatan yang kemas ke arah penjaga gol United, Andre Onana untuk memberikan Madrid pendahuluan yang sewajarnya. Pemain penyerang Brazil, Vinicius Jr., hampir menggandakan pendahuluan Madrid, namun rembatannya dari jarak lapan ela itu jauh tersasar, memberi peluang kepada United untuk keluar daripada tekanan.

    United pula hampir menyamakan kedudukan pada minit ke-36, tetapi Marcus Rashford tidak dapat mencari sasaran dari sudut yang sempit.

    Dengan Madrid mengawal permainan, menimbulkan kekecewaan kepada pasukan United menjelang separuh masa pertama apabila Lisandro Martinez menolak secara kasar Bellingham dengan tandukan keras. Bellingham bertindak balas terhadap Martinez menyebabkan kad kuning terpaksa dilayangkan kepada pemain Madrid tersebut. – AFP

    Aksi Jude Bellingham selepas menjaringkan gol pada perlawanan Jelajah Juara Bola Sepak 2023 di Stadium NRG, 26 Julai, di Houston, Texas. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda