Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Belum diberi rezeki cahaya mata, Heliza Helmi pelihara kucing sebagai ganti

    Tidak pernah melatah apabila ditanya mengenai soal zuriat, penyanyi dan aktivis kemanusiaan Datin Seri Heliza Helmi menyerahkan soal cahaya mata kepada Allah S.W.T.

    Memetik laporan mStar, Heliza, 38, bagaimanapun berkata beliau tidak pernah putus berdoa agar diberikan cahaya mata yang diredhai oleh Allah S.W.T.

    “Belum ada rezeki… doa-doakan. Saya pun sentiasa berdoa,” katanya kepada mStar.

    Kata Heliza, beliau amat menyukai kanak-kanak sehingga memilih untuk memelihara beberapa ekor kucing bagi mengubati rasa tersebut.

    “Saya suka budak-budak… sebab itu bela anak kucing sekarang ini.

    “Gembira tengok saudara mara yang ada anak sebab kita pun perangai macam budak-budak,” kongsinya.

    “Jangan minta doa untuk ada anak saja tapi minta doa anak yang Allah redha… jadi bila belum dapat lagi automatik akan redha.

    “Bila dapat jawapan macam itu… hati saya menjadi lapang. Sebab kita tahu Allah yang susun bukan kita boleh beli anak itu.

    “Jadi ia buatkan saya boleh fokus kepada benda lain sebab saya tahu belum masanya lagi,” katanya lagi.

    Untuk rekod, Heliza mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman pada 1 Januari 2022. – Agensi

    Usia perkahwinan Heliza dan suaminya sudah masuk dua tahun. – mStar
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...