Ahad, 23 November 2025
Klik Lagi

    Berangkat lawat Air Force City Clark

    Gambar oleh Infofoto

    MANILA, 28 April – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Menteri Pertahanan dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Bersenjata Diraja Brunei hari ini berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Air Force City Clark, Pampanga.

    Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Air Force City Clark dijunjung oleh Setiausaha Pengangkutan, Republik Filipina, ArthurTugade; Naib Komander Tentera Udara Filipina, Mejar Jeneral Conrado V Parra Jr; Senator Republik Filipina, Alan Peter Cayetano dan PresidenBases Conversion and Development Authority (BCDA), Vivencio B. Dizon.

    Baginda seterusnya berangkat melintasi barisan kawalan kehormatan statik, sebelum dijunjung beredar ke Hangar Haribon bagi menyaksikan secara lebih dekat pesawat jet Tentera Udara Filipina FA-50.

    Baginda kemudiannya dijunjung menaiki pesawat berkenaan. Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga menerima sembah taklimat daripada Leftenan Kolonel Maynard P. Mariano, Tentera Udara Filipina mengenai pesawat jet pejuang tersebut dan seterusnya dijunjung bagi menyaksikan demonstrasi penerbangan pesawat jet berkenaan.

    Baginda seterusnya menghadiri Majlis Santap Tengah Hari yang dihoskan oleh BCDA. Sebelum berangkat meninggalkan Air Force City Clark, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menerima pesambah berupa Wing Patches daripada juruterbang-juruterbang pesawat jet pejuang FA-50.

    Baginda juga berkenan mengurniakan cenderahati kepada Leftenan Kolonel Maynard P. Mariano.

    Baginda Sultan dijunjung menaiki pesawat FA-50, Tentera Udara Filipina semasa melawat Hangar Haribon di  Air Force City Clark, Pampanga kelmarin.
    Baginda Sultan dijunjung menaiki pesawat FA-50, Tentera Udara Filipina semasa melawat Hangar Haribon di Air Force City Clark, Pampanga kelmarin.
    Baginda Sultan dijunjung beredar ke Hangar Haribon bagi menyaksikan secara lebih dekat pesawat jet pejuang FA-50, Tentera Udara Filipina FA-50.
    Baginda Sultan dijunjung beredar ke Hangar Haribon bagi menyaksikan secara lebih dekat pesawat jet pejuang FA-50, Tentera Udara Filipina FA-50.

    p01-3_20170429

    Kata Kunci

    Popular

    Asia Pasifik

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    Berita Berkaitan

    Hutan Hyrcanian UNESCO terbakar, Iran rayu bantuan antarabangsa

    TEHRAN, 23 NOV - Iran telah meminta bantuan luar...

    Deaflympics 2025: Malaysia pecah rekod dalam acara 4x100m

    TOKYO, 23 NOV - Walaupun gagal menempah slot ke...

    Angka korban gempa bumi di Bangladesh meningkat kepada 10

    DHAKA, 23 NOV - Dua gegaran kecil melanda Bangladesh...

    WHO isytihar wabak polio di Indonesia berakhir

    JAKARTA, 23 NOV - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah...

    Terkini