Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Berangkat tiba di London, UK

    LONDON, UNITED KINGDOM, 5 MEI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berangkat tiba di London, United Kingdom (UK).

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Lapangan Terbang Stansted, London dijunjung oleh Timbalan Leftenan Essex, Glenn Mayes DL selaku wakil peribadi His Majesty King of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland dan Perwakilan Khas Setiausaha Luar Negeri, Michael John Holloway OBE.

    Juga hadir menjunjung Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Pesuruhjaya Tinggi Negara Brunei Darussalam ke UK dan Eire, Tuan Yang Terutama Laksamana Pertama (B) Pengiran Dato Seri Pahlawan Norazmi bin Pengiran Haji Muhammad.

    Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia ke London adalah atas undangan His Majesty King Charles III, King of the United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland bagi menghadiri Istiadat Pertabalan His Majesty dan Her Majesty Camilla the Queen Consort.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah semasa berangkat tiba di London. Berangkat sama ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. – Gambar oleh Infofoto
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...