Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Berangkat tiba di Washington D.C., AS bagi Sidang Kemuncak Khas

    Gambar oleh Infofoto

    WASHINGTON D.C., AMERIKA SYARIKAT, 11 MEI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, pagi tadi, berangkat tiba di Washington D.C., Amerika Syarikat (AS) bagi Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS yang akan berlangsung pada 12 dan 13 Mei di Jabatan Negara AS.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Hadir di Lapangan Terbang Joint Base Andrews, Washington D.C. bagi menjunjung keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Chief of Protocol bagi AS, Ambassador Rufus Gifford.

    Hadir sama bagi menjunjung keberangkatan Baginda ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof dan Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke AS, Tuan Yang Terutama Dato Paduka Haji Serbini bin Haji Ali.

    Sebelum berangkat menghadiri sidang kemuncak khas tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia juga dijangka akan menghadiri Majlis Santap Malam bersama para pemimpin ASEAN yang dihoskan oleh presiden AS.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berangkat tiba di Lapangan Terbang Joint Base Andrew, Washington, Amerika Syarikat (AS) dan dijunjung oleh Chief of Protocol AS, Ambassador, Rufus Gifford bagi menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS yang akan berlangsung pada 12 dan 13 Mei di Jabatan Negara AS. Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
    Keberangkatan tiba KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dijunjung oleh 89th Airlift Support Group Commander, Joint Base Andrew, Kol Carlos Alford. Berangkat sama, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
    Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia diiringi oleh DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...