Saturday, October 19, 2024
22.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berangkat tunaikan Sembahyang Sunat Aidilfitri

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat bersama umat Islam dan rakyat Baginda di negara ini bagi menunaikan sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien, kelmarin.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Keberangkatan tiba Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman, selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Tahun 1444H.

    Turut menjunjung, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan.

    Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri diimamkan oleh Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

    Manakala Khutbah Hari Raya Aidilfitri disampaikan oleh Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim.

    Sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri diadakan di masjid-masjid utama, surau-surau dan balai ibadat di seluruh negara bermula 7:30 pagi.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menerima junjung ziarah.
    Baginda Sultan berserta paduka-paduka anakanda Baginda berkenan menunaikan sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri pada pagi 1 Syawal.
    Baginda Sultan berserta paduka-paduka anakanda Baginda berkenan menerima junjung ziarah daripada orang ramai yang menunaikan sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien pada 1 Syawal.
    Antara orang ramai yang sama-sama menunaikan sembahyang Sunat Hari Raya Aidilfitri di Masjid Omar ‘Ali Saifuddien.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda