Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Berat badan Azira Shafinaz susut bukan sebab kecewa

    Pelakon Malaysia, Azira Shafinaz memberitahu dia masih lagi bahagia bersama teman lelakinya meskipun sudah 12 tahun menjalinkan hubungan istimewa.

    Azira atau Azira Shafinaz Ramlan, 33, berkata berat badannya dilihat sedikit susut bukanlah kerana sedang kecewa sebaliknya persiapan untuk drama yang akan datang.

    “Tak adalah (kecewa)… nak putus cinta dengan siapa? Masih bahagia sampai sekarang.

    “Alhamdulillah, orang yang sama… 12 tahun kami bersama,” katanya kepada mStar.

    Azira berkongsi perkara itu ketika ditemui di acara Raya 2024 Couture Collection by Rizman Ruzaini yang berlangsung pada malam kelmarin di ibu kota.

    Berat badan Azira susut kerana persiapan untuk drama terbaharu. – mStar

    Kata Azira, dia dan pasangan bagaimanapun belum ada rancangan untuk mendirikan rumah tangga, namun mengakui sudah mengadakan perbincangan di antara mereka mengenai perkara itu.

    “Mestilah kami ada bercakap-cakap tapi nak kongsi apa-apa pun tak boleh lagi.

    “Kalau sudah ada pengesahan baru saya boleh kongsi kepada semua.

    “Insya-Allah…doakan untuk saya. Umur 33 tahun memang masa yang sesuai berkahwin,” ujarnya.

    Kata Azira lagi, dia sudah lama bersedia untuk mendirikan rumah tangga namun masih menunggu masa yang sesuai.

    “Saya sendiri dah bersedia untuk berkahwin… kalau kita nak tunggu sampai bila tak sedia.

    “Jadi saya hanya bertenang dan tunggu masa yang tepat,” kongsinya.

    Pada Oktober 2023, Azira seolah-olah memberi bayangan bakal menamatkan zaman bujangnya apabila berkongsi ucapan romantis buat kekasihnya yang dikenali sebagai Yasser Khan.

    Azira juga berkongsi foto kekasih hatinya berserta kapsyen seakan menanti giliran disatukan sebagai suami isteri tidak lama lagi. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...