Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Cungkil bakat pelajar dalam bidang sukan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 FEB – Sembilan orang guru latihan dalam perkhidmatan (LDP) yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi Kolej Universiti Perguruan Ugama Bandar Seri Begawan (KUPU SB), baru-baru ini, telah melaksanakan program Sukan Ria yang berlangsung di Mahad Islam Brunei, Tutong.

    Program yang menyasarkan para penuntut Tahun 7 itu bertujuan untuk mempromosikan kesihatan, mencungkil bakat pelajar dalam bidang sukan serta meningkatkan semangat dan kerjasama antara penuntut.

    Turut hadir semasa program itu ialah Timbalan Pengetua Akademik Mahad Islam Brunei, Hajah Noramalina binti Haji Mohd Ali yang juga merasmikan program tersebut.

    Selepas perasmian, program diteruskan dengan sesi memanaskan badan.

    Antara aktiviti yang dilaksanakan sepanjang program tersebut adalah Lari Ikat Kaki, Membawa Bola Pingpong, Mixed Relay (3 in 1), Sarung Escape, Hanging the Cup dan Newspaper Wheel.

    Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh pengerusi program, Awang ‘Azim bin Haji Ismail.

    Sesi bergambar ramai bersama Timbalan Pengetua Akademik Mahad Islam Brunei. – GAMBAR SERAHAN ISMAIL BIN HAJI ADANAN
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...