Wednesday, January 15, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berat badan Hattan naik 4kg sejak berhenti rokok

    Penyanyi Malaysia, Datuk Hattan mendedahkan berat badannya kini semakin bertambah empat kilogram (kg) sejak berhenti merokok beberapa bulan yang lalu.

    Hattan atau nama sebenarnya Mohd Shukri Shahabudin, 59, kesan daripada berhenti merokok itu membuatkan kesihatannya semakin baik malah staminanya juga bertambah.

    “Saya berhenti merokok sejak kematian adik pada April lalu dan Alhamdulillah sejak hari ini tak hisap rokok, dua minggu pertama berhenti tu memang gigil tapi sekarang okey.

    “Bila nyanyi dapat kawal pernafasan dengan baik dan dapat nyanyi lagu key tinggi jadi memang seronok,” kata Hattan kepada mStar.

    Selain daripada itu, Hattan memberitahu dia nekad untuk meninggalkan kehidupan tidak sihat itu sejurus pemergian Allahyarham adiknya iaitu Mohd Hatta, 46, pada April lalu.

    “Adik saya kuat hisap rokok. Boleh dikatakan berkotak-kotak tiap hari tapi bukan saya katakan puncanya sebab rokok, tiap-tiap hari doa untuk henti rokok selepas adik meninggal,” ujarnya.

    Dalam perkembangan lain Hattan bakal mengadakan konsert Hitam Manis bersama Black Hanifah dan Hazama di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 8 Febuari depan. – Agensi

    Kesan daripada berhenti merokok itu membuatkan kesihatan Hattan semakin baik. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda