Monday, March 17, 2025
28.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berdepan masalah kronik

    Berdepan masalah saraf yang mengganggu pergerakan, bakat baharu, Farra Umyra cekal mengejar impian menjadi penyanyi terkenal.

    Anak didik pasangan penyanyi Akim Ahmad dan Stacy ini tidak malu mengaku dirinya layak bergelar Orang Kurang Upaya (OKU) berikutan masalah saraf kronik yang dihadapinya.

    “Kekurangan fizikal ini bukanlah noktah untuk saya mengejar cita-cita. Saya okay dan tak malu mengaku perkara sebenar. Malah, saya sedia menjadi contoh kepada insan OKU lain yang meminati dunia seni. Ini ujian hidup yang saya harus terima dengan lapang dada. Kecacatan ini tidak nampak pada mata kasar, namun, hidup perlu diteruskan,” katanya kepada BH Online.

    Mengimbas detik kemalangan yang membuatkan sistem sarafnya terjejas, Farra yang tampil dengan single kedua berjudul Tetap Setia ciptaan Stacy dan Akim, memberitahu, insiden berlaku apabila bagasi penumpang dalam bas yang dinaikinya, jatuh lalu menghempap bahu.

    “Berikutan hentakan kuat pada bahu, saya terpaksa dibedah. Selesai prosedur, doktor menjelaskan masalah saraf saya ini akan berterusan, malah dianggap seperti kecacatan kekal. Namun, saya percaya setiap manusia diuji dengan pelbagai perkara. Saya sendiri tak terlepas dengan ujian begini,” katanya.

    Farra berkata, berikutan keadaannya itu, dia disarankan tidak memandu kereta atau jika memegang stereng, tidak boleh terlalu lama.

    “Selain itu, saya masih bergantung kepada ubat yang disediakan doktor. Kalau tidak, saya mudah longlai dan lemah,” katanya. – Agensi

    Bagi Farra Umyra, kekurangan fizikal tidak akan menjadi penghalang untuk menjadi penyanyi. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda