Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berdiri teguh bersama Kashmir

    ISLAMABAD, 6 OGOS – Tentera Pakistan ‘berdiri teguh’ penduduk Kashmir, ketua tentera berkuasa negara itu mengatakan hari ini, sehari selepas India memansuhkan autonomi khas wilayah itu dalam satu langkah yang memperdalamkan lagi perseteruan antara saingan nuklear itu.

    Komando tertinggi tentera bertemu di bandar garison Rawalpindi untuk membincangkan langkah oleh India, yang dijangka memburukkan lagi pemberontakan berdarah berpanjangan di Kashmir.

    “Tentera Pakistan berdiri teguh bersama penduduk Kashmir dalam perjuangan mereka sehingga ke akhirnya. Kami bersedia dan akan melangkah ke arah memenuhi tanggungjawab kami dalam perkara ini,” kata Jeneral Javed Bajwa, dalam satu ciapan yang dihantar oleh seorang jurucakap tentera selepas mesyuarat tersebut.

    Jurucakap Mejar Jeneral Asif Ghafoor mengatakan para komando ‘menyokong sepenuhnya’ penolakan orang awam ke atas tindakan India itu. “Pakistan tidak pernah mengiktiraf usaha memalukan India untuk mengesahkan penjajahannya ke atas kawasan pergunungan dipertikai itu,” tambahnya.

    Parti nasionalis Hindu Perdana Menteri India Narendra Modi semalam mengeluarkan dekri presiden untuk memansuhkan status khas diberikan kepada bahagian Kashmir yang ditadbir India daripada perlembagaannya.

    Kawasan indah Himalaya Kashmir merupakan wilayah pertikaian India dan Pakistan semenjak kemerdekaan dalam 1947. – AFP

    Seorang budak lelaki India melepasi kawasan berkawat yang dibina sebagai sebahagian daripada had keselamatan di Jammu, India. Tentera Pakistan hari ini berdiri teguh bersama penduduk Kashmir selepas India bertindak memansuhkan status istimewa bahagian Kashmir yang ditadbir India. – AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda