Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Berdoalah mohon kebaikan dunia dan akhirat

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 JAN – Berdoa memohon kebaikan di dunia dan akhirat antara perkara yang diajarkan kepada umat Islam dan disebut di dalam Al-Quran, dan ini sangat disukai oleh Allah SWT jika kita sentiasa memohon untuknya.

    Kebaikan-kebaikan tersebut juga bukanlah tertumpu dan terbatas kepada harta semata-mata, bahkan lebih banyak daripada itu.

    “Jelas di sini menunjukkan bahawa Allah SWT menginginkan hamba-hambaNya untuk mendapat pelbagai jenis kejayaan, bukan sahaja di dunia, tetapi juga di akhirat.”

    Ia adalah inti pati tazkirah Permintaan yang Sempurna pada program Malam Munajat yang disampaikan oleh Tenaga Pengajar Al-Furqan Holdings (B) Sdn Bhd, Daie Bertauliah Majlis Ugama Islam Brunei, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Awang Sallahuddin bin Haji Aminnuddin dari Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit, Kampung Madang, malam tadi.

    Hadir ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama dan warga kementerian serta jemaah dari 101 buah masjid, surau dan balai ibadat di seluruh negara semasa menyertai Malam Munajat secara maya kelmarin. -Gambar serahan KHEU

    Acara mengundang Pemangku Pegawai Daerah Belait, Jabatan Daerah Belait, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri, Awang Mohammad Yassin bin Haji Ahmed selaku tetamu khas, yang mengepalai bacaan Sayyidul Istighfar dan Surah Al-Fatihah dari Masjid Pekan Seria.

    Ia juga disemarakkan oleh jemaah dari 101 buah masjid termasuk surau dan balai ibadat seluruh negara, dan warga KHEU berserta keluarga dari kediaman masing-masing.

    Juga menyertai acara ialah ahli-ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Pekan Seria, Jawatankuasa Takmir Masjid Suri Seri Begawan Raja Pengiran Anak Damit dan Jawatankuasa Takmir Masjid Ar-Rahman, Kampung Tanjung Bunut, guru dan para pelajar Skim Tilawah Al-Quran Remaja Bahagian Pelajaran Lanjutan, Jabatan Pengajian Islam, serta ahli-ahli Kumpulan Firqah Al-Husni, Program Keugamaan Belia, Pusat Dakwah Islamiah.

    Malam Munajat mengajak orang ramai melipatgandakan amalan seharian dengan membaca ayat-ayat suci Al-Quran, berdoa, berzikir dan beristighfar, semata-mata untuk memohon keampunan, perlindungan, rahmat dan keredaan Allah SWT.

    Di samping itu, berdoa agar rakyat dan Negara Brunei Darussalam sentiasa terpelihara dari sebarang musibah yang tidak diingini dan berjaya membendung penularan penyakit merbahaya seperti COVID-19.

    Orang ramai sangat dialu-alukan untuk menyertai Malam Munajat di mana jua mereka berada pada setiap Sabtu dengan melayari pautan http://tiny.cc/munajatkheu atau melalui Instagram Pusat Dakwah Islamiah @pdi_kheu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...