Monday, February 10, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Beriga tanggungjawab majikan terhadap pekerja

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 OGOS – Dengan matlamat memberi kesedaran kepada orang ramai khususnya majikan syarikat berhubung tanggungjawab terhadap para pekerja di bawah jaminan mereka, Jabatan Buruh telah mengadakan Jerayawara bersama agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang di Dewan Tripartite, Tingkat 1, Jabatan Buruh, kelmarin.

    Jerayawara yang disertai Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) serta Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) itu menumpukan kepada majikan-majikan syarikat di mana mereka telah diberikan taklimat penerangan akan tanggungjawab terhadap para pekerja mereka.

    Jabatan Buruh turut menekankan agar setiap majikan sentiasa memantau hal ehwal kebajikan dan keberadaan pekerja mereka menurut kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 dan mana-mana perundangan serta peraturan pihak kerajaan yang berkuat kuasa pada masa ini bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas mereka atau pekerja masing-masing.

    Bagi makluman lebih lanjut, orang ramai atau majikan bolehlah menghubungi Jabatan Buruh di talian 2381848 semasa waktu bekerja atau 7298989 di luar waktu bekerja.

    Antara majikan yang hadir pada jerayawara Jabatan Buruh, mengenai tanggungjawab terhadap pekerja mereka. – Gambar serahan Jabatan Buruh
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda