Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    UNISSA rai budaya pelajar antarabangsa

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 OKT – Seramai 137 pelajar antarabangsa di Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) dari 15 buah negara diraikan semasa Hari Antarabangsa UNISSA dengan tema ‘Jati Diri dan Semangat Antarabangsa’ yang berlangsung di Auditorium UNISSA.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Rektor UNISSA, Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal.
    Majlis anjuran UNISSA melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama Unit Hal Ehwal Antarabangsa (UHEA), Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) itu berobjektif untuk mempamerkan pelbagai budaya dan latar belakang yang berbeza dalam kalangan pelajar antarabangsa.

    Ia juga menyatupadukan pelajar antarabangsa dengan pelajar tempatan melalui perkongsian adat tradisi dan juga pengalaman sepanjang mengikuti pengajian di UNISSA.

    Acara diisikan dengan pameran kebudayaan daripada negara-negara asal pelajar antarabangsa di UNISSA iaitu Singapura, Indonesia, Thailand, Republik Arab Mesir, China, Jepun, Pakistan, Palestin, Nepal, Maghribi, Nigeria, Ghana, Kenya dan Gambia.

    Antara yang ditampilkan ialah tradisi pakaian, makanan dan permainan tradisional.

    Turut memeriahkan acara ialah sesi perkongsian pelajar antarabangsa iaitu Abdul Syukor Samoh, pelajar Tahun 4 Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, dari Thailand dan Puteri Sabariah binti Ayob, pelajar Tahun 3 Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam yang berasal dari Singapura.

    Acara turut diserikan dengan tayangan video dan persembahan sketsa oleh pelajar antarabangsa yang disaksikan sama oleh penolong-penolong rektor, para pegawai utama, pensyarah serta mahasiswa dan mahasiswi.

    Rektor UNISSA melawat pameran pelajar antarabangsa. – Gambar serahan UNISSA

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...