Tuesday, April 22, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Adi Hakim juara Beyblade Miri

    MIRI, 21 APRIL – Abdul Adi Hakim bin Mohd Yakob dari Brunei Darussalam telah dinobatkan sebagai juara dalam Pertandingan Beyblade X 2 on 2 Terbuka sempena acara Miri City Autofest yang berlangsung pada 19 dan 20 April lalu, bertempat di Miri City Hall, Marina Park.

    Pertandingan yang dijalankan secara format round robin itu menyaksikan pemain-pemain Beyblade dari pelbagai tempat mempamerkan kemahiran dan strategi pemilihan Beyblade masing-masing dalam usaha merebut kejuaraan.

    Acara tersebut turut menjadi platform berharga bagi pemain-pemain Brunei menimba pengalaman dengan berentap bersama pemain dari negara jiran, Malaysia.

    pada itu, DBos Beys Beyblade Brunei Darussalam turut menjemput orang ramai untuk memeriahkan Jerayawara Beyblade yang akan diadakan pada 3 Mei ini bertempat di kawasan Kompleks Pekan Bangar sempena acara Malam Minggu Pusat Belia (MMPB) Green Jewel 2025 di Daerah Temburong.

    Abdul Adi Hakim meraih trofi selaku juara Pertandingan Beyblade X 2 on 2 Terbuka sempena acara Miri City Autofest. – GAMBAR SERAHAN DBOS BEYS BEYBLADE BRUNEI DARUSSALAM
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda