Monday, February 10, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berjinak-jinak pelihara burung kakak tua

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN 25 JAN – Pastinya ramai di antara kita yang gemar untuk menjadikan binatang seperti kucing dan burung sebagai peliharaan sehinggakan ada yang memberikan panggilan-panggilan manja untuk haiwan peliharaan mereka.

    Sehubungan itu, Media Permata berkesempatan menemui salah seorang penggemar burung kakak tua, Awang Fitri yang antaranya berkongsi detik mula berjinak-jinak memelihara burung kakak tua sekitar dua tahun lepas di mana burung pertama yang pernah dipelihara ialah burung kakak tua atau jika di Brunei dikenali sebagai Serindit atau Teripas.

    Burung tersebut merupakan hadiah sempena ulang tahunnya daripada abang beliau.

    “Itulah spesies burung kakak tua yang pertama kali saya miliki suatu ketika dahulu sebelum berjinak-jinak memelihara spesies burung kakak tua yang lain seperti Bayan, Kiking sehinggalah pelbagai jenis burung kakak tua yang lain, daripada spesies Lovebirds dan Lorikeets,” tambahnya.

    Jelas Awang Fitri lagi, penjagaan yang baik itu perkara yang amat penting diamalkan oleh setiap pemelihara haiwan. Oleh itu sebagai seorang pemelihara burung kakak tua, teknik atau ilmu penjagaan dunia burung tersebut perlu dipelajari dengan sebaik-baiknya sama ada dari segi makanan dan minuman, perhatian, sehingga kepada aspek kesihatan haiwan berkenaan.

    “Saya bukanlah seorang pakar tetapi untuk memantapkan penjagaan burung kakak tua, saya juga banyak membaca kajian-kajian melalui buku-buku dan paling mudah menerusi Internet hasil perkongsian daripada para penggemar di dalam dan juga luar negara.

    “Pastinya, apa yang dapat saya luahkan bahawa ikatan antara pemilik dan haiwan peliharaan burung kakak tua itu ibarat kasih bapa dan ibu kepada anaknya,” ujarnya.

    Awang Fitri semasa ditemui Media Permata.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda