Ulasan siri TV oleh Zulkamal Haji Kamis
Bagi anda yang menanti-nantikan drama terbaharu dari Korea Selatan, Graceful Family adalah drama terbaharu yang disiarkan dalam saluran MBN bermula 21 Ogos ini.
Drama berkonsepkan penyiasatan dan misteri ini disiarkan setiap hari Rabu dan juga Khamis serta dijangka akan mempunyai 16 episod. Graceful Family diarahkan oleh Han Chul Soo dan skrip pula ditulis oleh Kwon Min Soo. Drama misteri ini dilakonkan oleh bintang-bintang terkenal dari Korea Selatan seperti Lim Soo Hyang yang memegang watak sebagai Mo Seok Hee, Lee Jang Woo sebagai Heo Yoon Do dan akhir sekali Bae Jong Ok sebagai Han Je Kook.
Plot ringkas
Drama Graceful Family ini mengisahkan mengenai Mo Seok Hee, seorang anak tunggal dan ayahnya pula bekerja sebagai seorang usahawan besar MC Group. Tampil cantik, pintar dan kaya raya, ramai yang beranggapan bahawa Mo Seok Hee adalah sombong namun ramai yang tidak menyedari bahawa Mo Seok Hee sedang berjuang untuk menyelesaikan misteri kematian ibunya yang telah dibunuh 15 tahun lalu. Heo Yoon Do pula merupakan seorang pengacara bebas dan terkenal kerana berjaya menyelesaikan masalah kecil yang berlaku pada beberapa keluarga di sebuah kedai makan. Namun Heo Yoon Do sebenarnya diburu untuk bergabung dengan Tim Top di MC Group.
Tim Top menyelenggarkan urusan syarikat MC Group. Pekerjaan mereka adalah untuk menutup kesalahan dan kelakuan tidak bermoral yang dijalankan oleh MC Group. Heo Yoon Do seakan-akan mematai pekerjaan yang dilakukan oleh Tim Top.
Mo Seok Hee dan Heo Yoon Do bekerjasama bagi mencari apa yang terjadi kepada ibunya yang telah dibunuh. Adakah usaha Mo Seok Hee berjaya, saksikannya dalam drama Graceful Family di saluran MBN.
