Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Berkenan adakan beberapa lawatan

    Gambar oleh Infofoto

    SINGAPURA, 3 OGOS – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, petang tadi berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Integrated Public Service Centre (IPSC) di Our Tampines Hub (OTH), Republik Singapura.

    Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia di OTH dijunjung oleh Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Masyarakat Islam, Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad.

    Duli Yang Teramat Mulia kemudiannya disembahkan taklimat mengenai OTH dan Public Service Division. Ini diikuti dengan lawatan ke Eco Community Gardens serta menyaksikan kemudahan-kemudahan yang terdapat di IPSC.

    IPSC merupakan sebuah pusat sehenti yang menyediakan perkhidmatan awam kerajaan yang mustahak kepada masyarakat di kawasan Tampines dan sekitarnya seperti pembayaran bil, permohonan pekerjaan dan bantuan kewangan serta perumahan.

    Sementara itu, OTH adalah sebuah hab komuniti dan gaya hidup bersepadu pertama dan terbesar di Singapura, yang menggunakan inisiatif negara pintar dalam memberikan khidmat kepada masyarakat berkenaan dengan cekap dan berkesan serta sistem
    pengurusan komprehensif yang melindungi alam sekitar.

    ATAS & BAWAH: DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Sekolah Victoria di Siglap Link, Republik Singapura.

    ATAS & BAWAH: DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah semasa berkenan mengadakan lawatan ke IPSC di OTH.

    ATAS & BAWAH: YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat mengadakan lawatan ke National Gallery. Turut berangkat ialah YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman.

    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan menyerahkan sumbangan beberapa koleksi buku pendidikan kepada wakil penuntut dengan disaksikan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota semasa lawatan ke Sekolah Victoria di Siglap Link, Republik Singapura.
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Sekolah MOE Kindergarten @ Punggol View. Berangkat sama ialah YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman.

    Terdapat beberapa kemudahan di hab itu seperti kemudahan sukan, perpustakaan serantau, pusat kesenian dan premis perniagaan sekali gus menjadikan hab ini sebagai sebuah pusat yang berpaksikan masyarakat.

    Terdahulu, pada sebelah pagi, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Sekolah Victoria di Siglap Link, Republik Singapura.

    Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia di Sekolah Victoria dijunjung oleh Menteri Pendidikan Republik Singapura, TYT Chan Chun Sing.

    Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia kemudiannya disembahkan taklimat oleh Pengetua Sekolah Victoria, Chow Weisi, yang menerangkan mengenai sejarah penubuhan, pencapaian dan hala tuju sekolah berkenaan.

    Yang Teramat Mulia seterusnya berkenan menyerahkan sumbangan beberapa koleksi buku pendidikan kepada wakil penuntut, yang antara lainnya bertujuan untuk digunakan sebagai bahan pembelajaran Bahasa Melayu di sekolah berkenaan dan sebagai usaha untuk memberigakan latar belakang sejarah kesultanan dan kebudayaan Negara Brunei
    Darussalam.

    Semasa di sekolah itu, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia juga berkesempatan menyaksikan kelas pengajaran dan pembelajaran biologi yang menggunakan kaedah teknologi terkini serta berinteraksi bersama penuntut-penuntut mengenai latihan respiration di makmal sains.

    Sesi ini mempamerkan bagaimana teknologi boleh menyokong pembelajaran dan mengaitkannya dengan situasi sebenar.

    Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia seterusnya melawat Eco Community Garden, yang direka untuk menyediakan peluang bagi pendidikan alam sekitar, serta kemudahan-kemudahan asas yang lain termasuk asrama Victoria.

    Lawatan ke Sekolah Victoria ini merupakan atas jemputan pihak Kementerian Pendidikan, Republik Singapura.

    Sementara itu, pada sebelah petang, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat mengadakan lawatan ke Sekolah MOE Kindergarten @ Punggol View dan National Gallery, Republik Singapura.

    Turut berangkat ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman.

    Lawatan dimulakan di Sekolah MOE Kindergarten @ Punggol View di mana keberangkatan tiba Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Pengetua Punggol Primary School, Dr Vivien Ang Wek Cheng.

    Yang Teramat Mulia kemudiannya disembahkan taklimat mengenai latar belakang sekolah itu daripada Centre Head, Michelle Thomas.

    Yang Teramat Mulia juga berkenan melawat beberapa kemudahan yang terdapat di sekolah berkenaan serta berinteraksi bersama murid-murid.

    MOE Kindergarten (MK) menyediakan pendidikan pra-sekolah yang berkualiti, yang antara lainnya memfokuskan pembangunan holistik, membangunkan keyakinan dan kemahiran sosial serta memupuk dwibahasa melalui aktiviti pembelajaran dalam kedua-dua Bahasa Inggeris dan bahasa ibunda (Bahasa Cina, Melayu dan Tamil).

    Lawatan berkenaan juga berhasrat untuk melihat secara dekat inisiatif negara berkenaan dalam memulakan pembelajaran dan pengajaran peringkat tadika di bawah kerajaan Republik Singapura, melalui Kementerian Pendidikan.

    Yang Teramat Mulia seterusnya berangkat mengadakan lawatan ke National Gallery, di mana Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Chris Lee; Senior Director of Museum Planning and Audience Engagement, Suenne Tan; dan Pengarah (Learning), Dee Chia.

    Yang Teramat Mulia kemudian melawat pameran-pameran di Children’s Biennale Gallery seperti Because It Makes Me Feel, My Ink-credible Adventure dan Conversations with an Octopus.

    Pameran-pameran yang bersifat interaktif ini antara lainnya memfokuskan kesedaran terhadap alam sekitar dan perubahan iklim, kreativiti dalam platform digital serta hubungan antara manusia dan alam sekitar.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Saintis China bina model 3D embrio manusia berusia 3 minggu

    BEIJING, 25 APRIL - Para saintis China membina semula model 3D embrio manusia dalam tempoh dua hingga tiga minggu selepas persenyawaan, yang membuka laluan...