Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Berkenan adakan kunjungan muhibah

    KIGALI, 23 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat bagi mengadakan kunjungan muhibah bersama Presiden Republik Rwanda, Tuan Yang Terutama Paul Kagame di Urugwiro Village (Pejabat Presiden), Kigali.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Semasa majlis perjumpaan tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan Tuan Yang Terutama bertukar-tukar pandangan mengenai perkara-perkara berkepentingan bersama.

    Hubungan diplomatik antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Rwanda telah terjalin sejak 9 Disember 2020.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah semasa berkenan berangkat bagi mengadakan kunjungan muhibah bersama TYT Paul Kagame bertempat di Urugwiro Village, Kigali. Turut berangkat ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. – Gambar oleh Infofoto
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...