Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat balik

    Gambar oleh Infofoto

    ISTANBUL, REPUBLIK TURKIYE, 9 MAC – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, malam ini, berangkat bertolak meninggalkan Istanbul setelah selesai menamatkan Keberangkatan Negara ke Republik Turkiye.

    Sebelum berangkat balik, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

    Hadir di Grand Airport VVIP State Guest House Istanbul bagi menyembahkan ucapan selamat berangkat kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Menteri Perindustrian dan Teknologi, Republik Turkiye, Tuan Yang Terutama Mustafa Varank.

    Juga hadir ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Republik Turkiye, Tuan Yang Terutama Mohammad Shafiee bin Haji Kassim.

    Semasa Keberangkatan Negara berkenaan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia antara lainnya bertitah menyatakan bahawa Baginda dan rakyat Negara Brunei Darussalam menzahirkan ucapan takziah kepada rakyat Republik Turkiye atas terjadinya musibah gempa bumi baru-baru ini serta kesediaan Brunei untuk menghulurkan bantuan.

    Baginda gembira atas kemajuan hubungan dua hala antara Brunei dan Turkiye sekali gus mengalukan-alukan kerjasama dalam bidang-bidang baharu di samping meneroka bersama peluang-peluang pelaburan. Oleh itu, hubungan ini berada dalam kedudukan yang baik untuk terus berkembang lebih kukuh lagi.

    Doa Selamat dibacakan sebelum Baginda Sultan berangkat meninggalkan tempat persemayaman.
    Baginda Sultan berkenan menerima junjung ziarah sebelum berangkat meninggalkan Istanbul.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda