Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Berkenan berangkat balik

    Oleh Syahmi Hassan –

    RIYADH, 22 OKT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, baru-baru ini, berkenan berangkat meninggalkan Riyadh, Arab Saudi setelah menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN-GCC.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Sebelum berangkat, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Berada di Lapangan Terbang Antarabangsa King Khalid bagi menyembahkan selamat berangkat kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kerajaan Arab Saudi ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammed bin Abdullah Al-Buraithin.

    Juga hadir ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Negara Brunei Darussalam ke Kerajaan Arab Saudi, Tuan Yang Terutama Dato Seri Setia Haji Awang Yusoff bin Haji Awang Ismail.

    Sidang Kemuncak ASEAN-GCC telah dipengerusikan bersama oleh Arab Saudi dengan Republik Indonesia, selaku Pengerusi ASEAN pada tahun ini.

    Hubungan ASEAN-GCC telah ditubuhkan secara rasmi pada 1990 dan sejak itu, kerjasama antara ASEAN dan GCC telah merangkumi pelbagai bidang seperti perdagangan, kerjasama dan pembangunan ekonomi, serta kebudayaan, pendidikan dan penerangan.

    Selain sidang kemuncak tersebut, Kebawah Duli Yang Maha Mulia, baru-baru ini, berangkat bagi menghadiri Majlis Perjumpaan Dua Hala bersama Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, His Royal Highness Prince Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud, yang berlangsung di Ritz Carlton.

    Semasa majlis perjumpaan itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan His Royal Highness Prince membincangkan perkara-perkara yang berkepentingan bersama untuk mengukuhkan hubungan dua hala antara Negara Brunei Darussalam dan kerajaan Arab Saudi termasuk ekonomi, pelaburan dan perdagangan.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan berangkat bagi menghadiri Majlis Perjumpaan Dua Hala bersama His Royal Highness Prince Mohammed. – Gambar oleh Infofoto
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan melambaikan tangan sebelum memasuki pesawat. – Gambar oleh Infofoto
    Doa Selamat dibacakan sebelum Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berangkat meninggalkan hotel persemayaman. – Gambar oleh Infofoto

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...