Saturday, April 27, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Berkenan berangkat ke Majlis Bersanding

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, hari ini, berkenan berangkat ke Majlis Bersanding antara Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar dengan Dayang Syafiqah Niqmatullah binti Amraan.

    Keberangkatan Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri ke kediaman pengantin di Baitun Na’aim, Jerudong dijunjung oleh bonda dan ayahanda pengantin lelaki, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam dan Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah serta Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik serta Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Turut berangkat ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran
    Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Di-gadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna serta kerabat diraja.

    Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar.

    Pada majlis itu, Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah daripada kedua-dua mempelai.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan bergambar bersama kedua-dua mempelai, YAM Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar dan Dayang Syafiqah Niqmatullah pada majlis persandingan yang berlangsung di Baitun Na’aim, Jerudong, kelmarin.
    Keberangkatan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha ke majlis bersanding di Baitun Na’aim, Jerudong, kelmarin, Berangkat sama, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah serta YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan berangkat ke majlis persandingan antara YAM Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar dengan Dayang Syafiqah Niqmatullah.
    Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah daripada pasangan mempelai.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah ketika berkenan berangkat ke majlis bersanding berkenaan.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan dijunjung merakamkan gambar bersama pasangan mempelai.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ketika berkenan berangkat ke majlis bersanding berkenaan.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan YAM Pengiran Bini Hajah Faizah ketika berkenan berangkat ke majlis berkenaan.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna serta bonda dan ayahanda pengantin lelaki, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam dan YAM Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris berkenan berangkat ke majlis berkenaan.
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah; YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah berkenan berangkat ke majlis bersanding tersebut.
    Pasangan mempelai YAM Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar dan Dayang Syafiqah Niqmatullah kelihatan anggun dan berseri di atas pelaminan.
    YAM Pengiran Anak Haji Abdul Ghaffar menapakkan tangan ke atas kepala Dayang Syafiqah Niqmatullah.
    Antara menteri-menteri kabinet dan orang ramai yang hadir pada majlis persandingan berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    6 maut dalam kebakaran restoran, hotel

    PATNA, 26 APRIL — Kebakaran besar yang melanda sebuah restoran dan hotel di timur India kelmarin membunuh sekurang-kurangnya enam orang dan mencederakan 20 orang,...