Sunday, July 7, 2024
22 C
Brunei

    -

    Berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 JUN – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, hari ini, berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Ugama Antarabangsa Brunei (ISB) untuk meraikan 29 orang pelajar Darjah 6 sekolah berkenaan.
     
    Berangkat sama pada majlis di Dewan Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah (BKISHHB) itu ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah. 
     
    Antara peserta khatam yang diraikan dalam majlis berkenaan selepas berjaya melengkapkan bacaan 30 juzuk Al-Quran ialah YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah.
     
    Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Pengarah Pengajian Islam, Jabatan Pengajian Islam (JPI) di Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Shamshol bin Haji Omar dan Guru Besar Sekolah Ugama Antarabangsa Brunei, Hajah Intan Khairani binti Pehin Siraja Khatib Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Yahya selaku pengerusi majlis.
     
    Turut hadir ialah Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran Sekolah Ugama Antarabangsa Brunei, kelmarin. Berangkat sama, YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim, YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman dan YTM Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat ke Majlis Khatam Al-Quran anakanda YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah, kelmarin. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    ATAS & BAWAH : DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan mengurniakan sijil khatam dan meraikan anakanda, YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan bergambar ramai bersama anakanda-anakanda, YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim, YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah, YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman dan YTM Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    ATAS & BAWAH : DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan mengurniakan sijil khatam dan merenjis minyak wangi kepada para pelajar yang diraikan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Antara yang hadir pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh Haji Abdul Razak bin Haji Mohd Daud dan diikuti dengan bacaan ayat-ayat lazim oleh para peserta khatam.
     
    Manakala itu, bacaan takhtim oleh murid-murid Darjah 4 dan 5 menyerikan lagi majlis berkenaan dan Doa Khatam dibacakan oleh salah seorang peserta khatam, Awang Muhammad Iqbal Irfan bin Hirman.
     
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah juga berkenaan mengurniakan sijil-sijil khatam kepada para peserta.
     
    Duli Yang Teramat Mulia seterusnya berkenaan menerima pesambah yang disembahkan oleh Guru Besar Sekolah Ugama Antarabangsa Brunei. Majlis diakhiri dengan bacaan Doa Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam oleh Haji Abdul Razak. 
     
    Antara lain tujuan majlis berkenaan untuk menggalakkan para pelajar membaca Al-Quran dengan tartil (betul dan lancar) sehingga dapat mengkhatamkan Al-Quran sebelum menamatkan Darjah 6 persekolahan agama.
     
    Di samping itu juga untuk membudayakan pembacaan Al-Quran sebagai amalan kebiasaan dalam rutin kehidupan sehari-hari, selain sebagai menyahut dan merealisasikan hasrat kerajaan untuk melahirkan generasi celik Al-Quran.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...