Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 FEB – Negara Brunei Darussalam hari ini memperingati peristiwa Israk dan Mikraj dengan Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara bagi tahun 2024 di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas dengan mengetengahkan tema Sembahyang Tiang Agama.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke majlis berkenaan.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM); Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah.

    Keberangkatan Baginda Sultan serta kerabat diraja dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Jabatan Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman; Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Menteri di JPM dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah; Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad; Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan; Timbalan Menteri (Tenaga) di JPM, Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah; Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Abdul Hamid selaku Pengerusi Unified National Networks Sdn Bhd (UNN) serta ahli-ahli jawatankuasa tertinggi yang lain.

    Dalam sembah alu-aluan, Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Majlis Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Peringkat Negara dan Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah menyembahkan bahawa penganjuran majlis tahun ini adalah bekerjasama dengan JPM, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) daripada sektor kerajaan dan UNN daripada sektor swasta.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berkenan menerima junjung ziarah. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara bagi tahun 2024 di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas. – GAMBAR OLEH INFOFOTO
    Baginda Sultan, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir berkenan berangkat pada Majlis Sambutan Israk dan Mikraj Peringkat Negara tahun 2024 di ICC, Berakas, kelmarin. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama menyampaikan sembah alu-aluan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Bacaan Al-Quran dengan format Zainul Quran oleh tiga beradik, Pengiran Muhammad Adibul Amin, Pengiran Muhammad Amirul Aiman dan Dayangku Siti Ummi Syazana turut menyerikan majlis. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Antara yang hadir pada majlis itu. – GAMBAR OLEH INFOFOTO

    Kerjasama sedemikian adalah tanda dukungan padu oleh semua unsur dalam negara terhadap dasar kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam mensyiarkan Islam dengan mempromosi ajaran-ajarannya tanpa menjejaskan agama-agama lain diamalkan secara aman oleh penganut-penganutnya, sebagaimana yang ditetapkan oleh perlembagaan negara, sembah Yang Berhormat Pehin.

    Sejurus selepas itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan titah.

    Terdahulu, majlis sambutan dimulakan dengan bacaan Al-Quran dengan format Zainul Quran, ayat 1 hingga 11 Surah Al-Mu’minuun oleh tiga orang adik-beradik. Mereka
    ialah Pengiran Muhammad Adibul Amin bin Pengiran Haji Marjuki, naib johan qari Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur Malaysia Tahun 2016 dan 2017 dan lapan kali mendapat johan qari Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan.

    Pengiran Muhammad Amirul Aiman pula merupakan johan qari Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah/ 2023 Masihi dan pernah mewakili Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Kuwait serta Musabaqah Membaca Al-Quran Peringkat Antarabangsa Jakarta.

    Sementara itu, Dayangku Siti Ummi Syazana merupakan johan qariah Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 2021 Masihi dan johan qariah Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat Belia Asia Tenggara Tahun 2020.

    Majlis diteruskan dengan persembahan Selawat An-Nur oleh gabungan pegawai dan kakitangan JPM, KKBS, Pusat Dakwah Islamiah (PDI) dan UNN.

    Kemudian diikuti dengan ceramah khas bertajuk Sembahyang Tiang Agama yang disampaikan oleh Naib Canselor Universiti Islam Selangor, Malaysia, Profesor Madya Dr Muhammad Farid Ravi bin Abdullah.

    Di samping itu, majlis turut diserikan dengan persembahan khas yang mengetengahkan mualaf, Belia Asy-Syahadah dan Persatuan Nurul Islam di bawah PDI, Kementerian Hal Ehwal Ugama.

    Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...