Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Mayat 3 beradik mangsa kepala air di Bidor selamat dikebumikan

    TAPAH, 8 FEB – Jenazah tiga beradik yang terbabit dalam tragedi kepala air di Sungai Kenjur, dekat Kampung Poh Bidor selamat dikebumikan dalam satu liang lahad pada kira-kira 6:20 petang di Tanah Perkuburan Islam Pekan Bidor di sini, hari ini.

    Jenazah Hanum Marissa Azam, 2, Hafif Muhayat Azam, 4 dan Hanna Mikayla Azam, 7, dikebumikan bersebelahan kubur ibu mereka Aszura Bani, 37, yang turut terkorban dalam kejadian tersebut.

    Terdahulu, jenazah ketiga-tiga beradik itu disolatkan di Masjid Al-Muhtadin Bidor sekitar 5:20 petang oleh lebih 50 jemaah dalam kalangan ahli keluarga dan kariah masjid berkenaan.

    Ketua Polis Daerah Tapah Supt Mohd Naim Asnawi (kanan) meninjau keadaan sungai selepas tragedi kepala air di Sungai Kenjur Kampung Poh, Bidor pada 7 Februari. – Bernama

    Terdahulu jenazah Aszura yang merupakan peniaga buah-buahan di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Tapah sebelah selatan itu, Telah dikebumikan di lokasi sama pada jam 12:20 tengah hari tadi. 

    Dalam kejadian 4:03 petang semalam,  Aszura dan tiga anaknya bersama kakak Aslinda Bani, 38, anak Aslinda yang berusia 12 tahun dan seorang pembantu rumah wanita warga Indonesia terperangkap dalam kepala air ketika berkelah di Sungai Kenjur, Kampung Poh, Bidor. 

    Mayat Aszura kemudian ditemui petang semalam diikuti mayat Hafif ditemui 9:45 malam tadi manakala mayat Hanna Mikayla dan Hanum Marissa ditemui sekitar 9 pagi tadi. 

    Sementara Aslinda dan anaknya serta pembantu rumah ditemui selamat. – Bernama

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...