Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Berkenan berangkat ke majlis Sambutan Nuzul Al-Quran

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 APRIL – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1443 Hijrah yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas, hari ini.

    Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM); Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Tahun 1443 Hijrah serta ahli-ahli jawatankuasa tertinggi yang lain.

    Majlis sambutan dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Ia diikuti dengan sembah alu-aluan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama yang antara lain menyembahkan mengenai perkembangan pembelajaran Al-Quran di negara ini.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah kepada Awang Abdul Matin.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan hadiah kepada Awang Ahmad Darwish.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan hadiah kepada Dayang Dalili Bazilah.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan hadiah kepada Dayang Dalili Faiqah.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan beramah mesra bersama pengunjung yang hadir.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1443 Hijrah yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan berswafoto bersama hadirin.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik berkenan berswafoto bersama hadirin.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan bergambar ramai bersama hadirin.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah berkenan beramah mesra bersama perwakilan luar negara.

    Antara jemputan yang hadir pada majlis sambutan berkenaan.

    Kemudian majlis diteruskan dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebelum pemakluman keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1443 Hijrah yang disampaikan oleh Pengarah
    Pusat Dakwah Islamiah (PDI), Haji Abdul Rajid bin Haji Mohd Salleh selaku pengerusi jemaah hakim musabaqah tersebut.

    Johan bagi kategori A ialah Dayang Amal ‘Aziyah binti Muhammad Saiful Ashren diikuti oleh Dayang Nur Sofiyyah Solehah binti Mohammad Fikri selaku naib johan dan Dayang Nur Hazierah Khalisah binti Haji Umardani di tempat ketiga, yang masing-masing memenangi wang tunai $1,500, $1,000 dan $750.

    Kategori B pula dijuarai oleh Awang Abdul Matin bin Zulnorein yang memenangi $2,000 dengan Awang Ahmad Muhammad @ Munir bin Ibrahim di tempat kedua yang membawa pulang $1,500 dan Awang Mohammad Firdaus bin Mohammad Salleh di tempat ketiga menerima $1,200.

    Bagi Kategori C, Awang Ahmad Darwish bin Hamdan memenangi wang tunai $2,800 selaku johan manakala Awang Muhammad Faiz Najwan bin Muhammad Saleh menerima $2,000 selaku naib johan dan Dayang Nur Izzy Aziah binti Ahmad di tempat ketiga menerima $1,500.

    Johan Kategori D pula ialah Dayang Dalili Bazilah binti Haji Jailani yang menerima $3,500 diikuti oleh Awang Ahmad Hamizan @ Ahmad Aliridha bin Haji Laidin di tempat kedua dengan menerima $2,500 dan Dayangku Nurfaiezah binti Pengiran Haji Kamaluddin menerima $2,000 selaku pemenang ketiga.

    Manakala itu, Dayang Dalili Faiqah binti Nasaruddin membawa pulang wang tunai $5,000 selaku johan Kategori E dengan Awang Muhamed Sahmie bin Mohamed Shalahudden memenangi $3,500 selaku naib johan dan Awangku Muhammad Abdul Qadir bin Pengiran Haji Ibrahim menerima $2,500 di tempat ketiga.

    Johan, naib johan dan pemenang tempat ketiga masing-masing menerima wang tunai, hadiah iringan serta sijil penyertaan.

    Majlis turut diserikan dengan persembahan peserta terbaik dari setiap kategori musabaqah berkenaan.

    Sejurus itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah dan cenderamata kepada peserta.

    Bagi memohon berkat dan rahmat di majlis yang berkebajikan itu, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan.

    Tema Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1443 Hijrah ialah ‘Bertemankan Al-Quran Sepanjang Zaman’.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...