Saturday, November 16, 2024
32.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 MAC – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, malam ini, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1445 Hijrah yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM); Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1445 Hijrah; Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Datin Seri Setia Dr Hajah Romaizah binti Haji Mohd Salleh dan Menteri Pembangunan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Muhammad Juanda bin Haji Abdul Rashid selaku Pengerusi Lembaga Pengarah Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB).

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia Dr Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.

    Majlis diikuti dengan sembah alu-aluan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama yang antara lain menyembahkan bahawa tema sambutan tahun ini ialah Al-Quran Pedomanku di mana maksudnya memperakukan bahawa Al-Quran selain menjadi bacaan sebagai kitab suci adalah untuk menjadi pedoman, kerana itu Al-Quran perlu dipelajari dan membacanya dengan lancar dan menghafalnya boleh mendapatkan pahala.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah kepada salah seorang pemenang Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah semasa Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran di ICC, Berakas. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    ATAS & BAWAH: KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan hadiah kepada para pemenang Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    ATAS & BAWAH: KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan hadiah kepada para pemenang Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah. – GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH RAFI ROSLI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berkenan berangkat ke majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    ATAS & BAWAH: Baginda Sultan dan kerabat diraja berkenan berswafoto dan beramah mesra bersama para jemputan pada Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara bagi Tahun 2024, malam tadi. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    “Dalam hal ini, dengan bersyukur kepada Allah SWT sukacita disembahkan bahawa di negara kita Brunei Darussalam yang berpemerintahan Beraja dan diberkati Allah ini, Al-Quran itu dipelajari dan diajarkan secara tradisi dalam masyarakat sampailah secara pembelajaran formal menerusi persekolahan.”

    Majlis diteruskan dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebelum pemakluman keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah yang disampaikan oleh Pemangku Penolong Pengarah, Jabatan Urusan Haji, Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali selaku pengerusi jemaah hakim.

    Johan Kategori A disandang oleh Dayang Nur Soffiyyah Solehah binti Mohammad Fikri diikuti oleh Dayang Nur Syifa Hasanah binti Mohammad Fikri selaku naib johan dan Dayang Alya Sofiyyah binti Abdul Azim di tempat ketiga.

    Bagi Kategori B, johan disandang oleh Dayang Alya Fathiyyah binti Haji Abdul Rajid, diikuti oleh Dayang Nuramal Shofiyyah binti Irma Syukrin selaku naib johan dan Dayang Ainaa Zunah Insyirah binti Haji Abdul Manap di tempat ketiga.

    Johan Kategori C pula disandang oleh Awang Abdul Rasyid bin Haji Mohammad Nirazmi diikuti oleh Awang Mohammad Ahmed Maahee bin Haji Samry selaku naib johan dan Dayang Siti Nur Aqilah binti Haji Jahari di tempat ketiga.

    Muncul johan bagi Kategori D pula ialah Awang Ahmad Huzaifah bin Haji Awang Hasbi diikuti oleh Dayang Nurfaiezah binti Pengiran Haji Kamaluddin selaku naib johan dan Dayang Siti Nurul Syafiqah Shahirah binti Haji Sufri@Suhaili di tempat ketiga.

    Manakala itu, Kategori E menyaksikan Awang Mohammad Fikri bin Haji Sharbini muncul johan, diikuti oleh Awang Muhammad Adi Syazani @Muhammad Izz Raziq bin Shahri selaku naib johan dan Dayangku Nurol Hafizah binti Pengiran Haji Tejudin di tempat ketiga.

    Majlis diserikan dengan persembahan pemenang terbaik daripada setiap kategori musabaqah berkenaan.

    Sejurus itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah dan cenderamata kepada para peserta.

    Bagi memohon berkat dan rahmat di majlis yang berkebajikan itu, Doa Selamat dibacakan oleh Yang Berhormat Mufti Kerajaan.

    Majlis sambutan tahun ini dikendalikan bersama oleh Kementerian Hal Ehwal Ugama, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, RB dan Pusat Pengajian dan Penyebaran Al-Quran MABIMS.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda