Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam

    Gambar oleh Infofoto

    WASHINGTON D.C., AMERIKA SYARIKAT, 13 MEI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, malam tadi, berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Malam yang dihoskan oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Tuan Yang Terutama Joseph R. Biden Jr.

    Majlis santap yang berlangsung di White House, Washington D.C., itu adalah bagi mengalu-alukan para pemimpin ASEAN serta delegasi yang menghadiri Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS.

    Berangkat mengiringi Baginda Sultan ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Sebelum Majlis Santap Malam bermula, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menyertai para pemimpin bagi sesi bergambar ramai.

    Semasa majlis itu, TYT Joseph R. Biden Jr telah menyampaikan ucapan bagi mengalu-alukan kehadiran para pemimpin berkenaan serta delegasi ke Washington D.C.

    Pada tahun ini, ASEAN dan AS memperingati ulang tahun hubungan dialog yang ke-45 tahun.

    Perbincangan para pemimpin semasa Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS dijangka akan menumpukan usaha memperkukuhkan hubungan dan meningkatkan lagi kerjasama
    di antara ASEAN dan AS pada masa akan datang.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah beramah mesra bersama Presiden Amerika Syarikat (AS), Tuan Yang Terutama Joseph R. Biden Jr sebelum bergambar ramai bersama para pemimpin ASEAN lainnya di White House, Washington D.C., pada Majlis Santap Malam.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan berangkat menghadiri Majlis Santap Malam yang dianjurkan oleh TYT Joseph R. Biden Jr. Turut berangkat mengiringi Baginda ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
    Baginda Sultan berkenan dijunjung bergambar bersama TYT Joseph R. Biden Jr.
    Baginda Sultan berkenan menyertai para pemimpin bagi sesi bergambar ramai.
    Baginda Sultan bersama para pemimpin semasa Majlis Santap Malam sebelum berlangsungnya Sidang Kemuncak Khas ASEAN-AS. Berangkat sama ialah DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...