Saturday, March 15, 2025
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja

    Gambar oleh Infofoto & Bernama

    KUALA LUMPUR, 31 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, malam hari ini, berkenan berangkat ke Majlis Santapan Diraja sempena Istiadat Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVI (ke-16), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang berlangsung di Dewan Persantapan, Istana Negara, Kuala Lumpur.

    Berangkat mengiringi Baginda berdua ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah.

    Turut berangkat mengiringi ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna, Ambassador-at-Large di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz.

    Keberangkatan tiba Keba-wah Duli Yang Maha Mulia dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri di Anjung Utama, Istana Negara dijunjung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr. Mujahid bin Yusof Rawa.

    Sejurus keberangkatan tiba, Baginda berdua dijunjung berangkat ke Dewan Seri Maharaja dan seterusnya menyertai sesi bergambar ramai bersama-sama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVI dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, Duli Yang Maha Mulia Raja-raja dan Raja-raja Permaisuri, kerabat diraja, Yang Di-Pertua-Yang Di-Pertua Negeri, Perdana Menteri Malaysia dan para tetamu khas yang lain.

    Dari Dewan Seri Maharaja, Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri seterusnya berangkat bersama-sama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke Dewan Persantapan bagi Majlis Santapan Diraja.

    Majlis Santapan Diraja dimulakan dengan bacaan Doa Selamat oleh Mufti Wilayah Persekutuan (Malaysia), Sahibus Samahah Datuk Seri Dr Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri.

    Pada penghujung Majlis Santapan Diraja, Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri juga berkenan menyertai KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bagi meraikan sambutan Hari Keputeraan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha, KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan KDYMM Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan berangkat tiba ke Majlis Santapan Diraja sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-16 di Istana Negara. – Gambar oleh Bernama
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha berkenan bergambar ramai bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Malaysia XVI (ke-16) dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong serta raja-raja dan raja-raja permaisuri Malaysia.
    Keberangkatan KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri bersama KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong bagi Majlis Persantapan Diraja di Dewan Persantapan Istana Negara, Kuala Lumpur.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah dan YAM Pengiran Muda ‘Abdul Qawi, ketika berkenan berangkat ke majlis tersebut.
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan YAM Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz turut berangkat ke majlis berkenaan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda