Wednesday, August 17, 2022
23.5 C
Brunei

Berkenan berangkat ke Morning Outdoor Activity

-

Gambar oleh Infofoto

SINGAPURA, 4 OGOS – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, pagi tadi berkenan berangkat menghadiri Morning Outdoor Activity di River Wonders, Republik Singapura.

Berangkat sama ialah Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah; Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.

Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia di River Wonders dijunjung oleh Menteri Kanan dan Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Kebangsaan, Tuan Yang Terutama Teo Chee Hean; Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Tuan Yang Terutama Lawrence Wong dan isteri; Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Menteri Kedua Kesihatan dan Menteri Bertanggungjawab bagi Hal Ehwal Masyarakat Islam, Tuan Yang Terutama Masagos Zulkifli bin Masagos Mohamad; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kedua Pendidikan dan Hal Ehwal Luar Negeri, Republik Singapura, Tuan Yang Terutama Dr Mohamad Maliki Osman, selaku menteri pengiring.

Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia, antara lainnya, melawat beberapa kawasan di River Wonders seperti Amazon Flooded Forest, Squirrel Monkey Forest dan Panda Exhibit. Ini diikuti dengan Majlis Santap Pagi.

Sebelum berangkat balik, YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah; YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman dan YTM Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah berkenan bertukar-tukar cenderahati bersama TYT Teo Chee Hean.

Lawatan ini antara lainnya bertujuan untuk memberikan peluang berinteraksi dengan lebih mesra antara pemimpin-pemimpin generasi muda Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura yang jelas mencerminkan hubungan istimewa yang sekian lama terjalin antara kedua-dua buah negara.

Selain itu, ia juga dapat meningkatkan ilmu pengetahuan tentang haiwan, flora dan fauna, kesedaran mengenai alam sekitar dan semula jadi serta pemeliharaan binatang yang semakin pupus.

River Wonders merupakan sebuah taman yang menempatkan lebih 7,500 haiwan daripada 240 spesis habitat air dan hidupan liar dari seluruh dunia.

DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan berangkat ke Majlis Santap Pagi selepas Morning Outdoor Activity.
DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah, YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman dan YTM Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah berkenan melawat salah satu kawasan di River Wonders.
ATAS & BAWAH: DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah, YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman dan YTM Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah berkenan melawat beberapa kawasan di River Wonders.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Iran nafi terbabit serangan Salman Rushdie

TEHRAN, 15 OGOS – Pegawai kerajaan Iran hari ini menafikan Tehran terbabit dalam serangan yang mencederakan penulis kontroversi, Salman Rushdie di Amerika Syarikat (AS)...

China lancar latihan baharu

- Advertisment -