Wednesday, December 18, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat ke musabaqah Al-Quran

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JULAI – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkenan berangkat ke Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah/2023 Masihi yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa (ICC), Berakas.

    Berangkat sama ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik.

    Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Kebangsaan.

    Turut menjunjung ialah Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar dan Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan serta ahli-ahli jawatankuasa tertinggi.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah beramai-ramai dipimpin oleh Yang Berhormat Ketua Hakim Syarie dan disusuli dengan sembah alu-aluan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama.

    Dalam pertandingan itu, enam qari dan qariah telah terpilih untuk memperdengarkan bacaan masing-masing iaitu Awang Ahmad Zulwaqar bin Suhaili, Dr Hajah Siti Wardah binti Mejar (B) Haji Abd Rahman, Awang Ahmad Syuja’ie bin Begawan Mudim Haji Matassim, Dayangku Siti Ummi Syazana binti Pengiran Haji Marjuki, Haji Nasrul Fakhri bin Haji Yahya dan Dayang Amal Nazirah binti Haji Asmat.

    Majlis turut diserikan dengan persembahan nasyid Al-Quran Syafaah oleh pelajar-pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

    Musabaqah kali ini yang membawa tema ‘Bersabar, Berikhtiar, Bertawakal dan Berdoa Menghadapi Ujian Dengan Petunjuk Al-Quran’ akan berlangsung selama tiga hari berturut-turut dengan majlis pengumuman keputusan bagi menentukan johan qari dan qariah akan diumumkan pada malam 6 Julai di Dewan Plenari, ICC, Berakas.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berserta DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Malik semasa berkenan berangkat ke Majlis Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah/2023 Masihi di ICC, Berakas. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Sembah alu-aluan daripada Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama. – Gambar oleh Muiz Matdani
    ATAS & BAWAH: Antara qari dan qariah yang memperdengarkan bacaan masing-masing semasa Musabaqah Membaca Al-Quran Bahagian Dewasa Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1444H/2023M. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani
    Gambar oleh Muiz Matdani
    Antara jemputan yang hadir pada majlis tersebut. – Gambar oleh Muiz Matdani
    Persembahan nasyid Al-Quran Syafa’ah daripada pelajar Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah. – Gambar oleh Muiz Matdani

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda