Tuesday, May 13, 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan berangkat ke Pembukaan Rasmi CHOGM ke-26

    Gambar oleh Infofoto

    KIGALI, REPUBLIK RWANDA, 24 JUN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat menghadiri Pembukaan Rasmi Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-26; Restricted Executive Session dan Sesi Eksekutif, yang berlangsung di Pusat Persidangan Kigali.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Sejurus keberangkatan tiba di Pusat Persidangan Kigali, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dialu-alukan oleh Presiden Republik Rwanda, Tuan Yang Terutama Paul Kagame; dan Setiausaha Agung Komanwel, Puan Yang Terutama Patricia Scotland QC. Baginda seterusnya berangkat ke Plenary Hall bagi acara Pembukaan Rasmi CHOGM bersama para pemimpin Komanwel lainnya seterusnya menghadiri Restricted Executive Session bagi membincangkan mengenai pelantikan setiausaha agung Komanwel baharu.

    Baginda kemudiannya berangkat menghadiri Sesi Eksekutif CHOGM yang dipengerusikan oleh TYT Paul Kagame dan turut dihadiri oleh ketua-ketua kerajaan Komanwel.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berkenan beramah mesra bersama His Royal Highness Prince Charles, the Prince of Wales semasa berangkat menghadiri Pembukaan Rasmi Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) ke-26 yang berlangsung di Pusat Persidangan Kigali, Rwanda.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ketika berkenan berangkat ke Pembukaan Rasmi CHOGM ke-26 bersama ketua-ketua kerajaan Komanwel lain di Pusat Persidangan Kigali, kelmarin.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan merakamkan gambar bersama TYT Paul Kagame dan The Right Honourable, Patricia Scotland QC.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen ketika berkenan berangkat ke Pembukaan Rasmi CHOGM ke-26.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda