Wednesday, April 24, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Berkenan hadiri Majlis Royal Audience

    Gambar oleh Infofoto

    BANGKOK, THAILAND, 18 NOV – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini berkenan berangkat menghadiri Majlis Royal Audience bersama Raja Thailand, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Maha Vajiralongkorn Phra Vajiraklaochaoyuhua, dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Permaisuri Suthida Bajrasudhabimalalakshana yang berlangsung di Chakri Maha Prasat Throne Hall, Bangkok.

    Berangkat mengiringi Kebawah Duli Yang Maha Mulia ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Sejurus berangkat tiba di Chakri Maha Prasat Throne Hall, Kebawah Duli Yang Maha Mulia dialu-alukan oleh Presiden Majlis Privi, Tuan Yang Terutama Jeneral Surayud Chulanont dan isteri.

    Baginda kemudiannya menyertai ketua-ketua ekonomi APEC bagi Majlis Royal Audience bersama KDYMM Raja dan Permaisuri Thailand.

    Turut berangkat ke majlis tersebut ialah Yang Teramat Mulia Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya.

    Ketua-ketua ekonomi APEC berada di Bangkok untuk menghadiri Mesyuarat Pemimpin-pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-29 pada 18 dan 19 November.

    Para ketua ekonomi APEC telah bersidang dalam Sesi Permukiman Pertama pada sebelah pagi tadi dan akan meneruskan mesyuarat bagi Sesi Permukiman Kedua esok.

    Thailand selaku Pengerusi APEC telah menghoskan AELM sebanyak tiga kali iaitu pada 1992, 2003 dan 2022.

    Mesyuarat AELM tahun ini merupakan yang pertama diadakan semula secara fizikal pasca-COVID-19.

    ATAS & BAWAH: KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen bersama KDYMM Raja Maha Vajiralongkorn Phra Vajiraklaochaoyuhua, KDYMM Permaisuri Suthida Bajrasudhabimalalakshana dan YTM Puteri Sirivannavari Nariratana Rajakanya semasa Majlis Royal Audience di Chakri Maha Prasat Throne Hall, Bangkok.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...