Wednesday, February 5, 2025
25.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan ke Majlis Doa kesyukuran HUT ABDB ke-61

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 MEI – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, hari ini berkenan berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun (HUT) Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-61 yang berlangsung di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison.

    Mengiringi keberangkatan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; dan Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Seri Pahlawan Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.

    Turut hadir ialah pemangku setia-usaha tetap, pemerintah-pemerintah tentera dan pemerintah angkatan bersama, timbalan-timbalan setiausaha tetap, para pengarah, komandan, pegawai-pegawai kanan Kementerian Pertahanan dan ABDB serta jemputan khas termasuk mantan-mantan timbalan menteri pertahanan dan mantan-mantan pemerintah ABDB.

    Majlis telah dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran dari Surah Al-Imran ayat 123 hingga 126 yang dibacakan oleh Soldadu Muhammad Zainul Arifin bin Haji Haminuddin dari Batalion Kedua, Tentera Darat Diraja Brunei, yang merupakan johan qari Musabaqah Tilawah Al-Quran Sempena Sambutan HUT ABDB ke-61.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri malam tadi berkenan berangkat ke Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan Hari Ulang Tahun Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) ke-61 di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garison. Berangkat sama ialah DYTM Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. – Gambar oleh Muiz Matdani
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan DYTM Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan dijunjung bergambar ramai pada Majlis Santap Malam di Mes Pegawai, Bolkiah Garison, malam tadi.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan DYTM Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan menunaikan sembahyang berjemaah pada majlis di Surau Ad-Difa’.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan DYTM Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan berangkat ke Majlis Santap Malam yang diadakan selepas Majlis Doa Kesyukuran.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan menandatangani lembaran kenangan semasa majlis santap. Berangkat sama, DYTM Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.
    Antara yang hadir pada Majlis Doa Kesyukuran sempena Sambutan HUT ABDB ke-61, kelmarin.

    Majlis diikuti dengan sembahyang fardu Maghrib berjemaah yang di imamkan oleh Mejar Ariffin bin Amit @ Hamit dari Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT) dan diteruskan dengan sembahyang sunat Hajat, bacaan Surah Yasin dan Tahlil, Doa Kesyukuran dan sembahyang fardu Isyak berjemaah.

    Kemudian, majlis diakhiri dengan Majlis Santap Malam di Mes Pegawai, Bolkiah Garison.

    Majlis Doa Kesyukuran itu juga diadakan serentak di semua masjid dan surau ABDB termasuk masjid di Pulau Baru-Baru bagi memohon keberkatan dari Allah SWT agar sentiasa dikurniakan kejayaan dalam mempertahankan kedaulatan negara, integriti wilayah dan menegakkan perlembagaan dan falsafah Melayu Islam Beraja.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda