Saturday, December 14, 2024
25.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 APRIL – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, malam ini, berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1444 Hijrah yang berlangsung di Dewan Plenari, Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM); Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah.

    Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dijunjung oleh Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris selaku Penasihat Bersama Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1444 Hijrah; Menteri Hal Ehwal Ugama, Yang Berhormat Pehin Udana Khatib Dato Paduka Seri Setia Ustaz Haji Awang Badaruddin bin Pengarah Dato Paduka Haji Awang Othman selaku pengerusi jawatankuasa; Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof selaku penasihat bersama jawatankuasa; dan Ketua Hakim Syarie, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar selaku pengerusi jawatankuasa.

    Turut menjunjung keberangkatan ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Haji Khairuddin bin Haji Haji Abdul Hamid selaku Pengendali Bersama Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1444 Hijrah; Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Seri Paduka Haji Abdul Wahab bin Haji Mohd Said selaku ahli Jawatankuasa Tertinggi Sambutan Hari-Hari Kebesaran Islam Peringkat Negara Tahun 1444 Hijrah; dan Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Fiskal), Pengiran Datin Seri Paduka Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani selaku pengendali bersama majlis sambutan.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim diikuti dengan sembah alu-aluan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama yang antara lain menyembahkan bahawa menyambut dan memperingati hari-hari kebesaran Islam dan menjadikannya hari-hari kelepasan awam menjadi keunikan Negara Brunei Darussalam yang berpemerintahan beraja.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan hadiah kepada Dayang Amal ‘Aziyah selaku pemenang Kategori A.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan hadiah kepada Dayang Alya Fathiyyah selaku pemenang Kategori B.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan hadiah kepada Awang Ahmad Muhammad @ Munir selaku pemenang Kategori C.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan hadiah kepada Awang Ahmad Huzaifah selaku pemenang Kategori D.
    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan mengurniakan hadiah kepada Awang Abdul Aziz selaku johan Kategori E.
    ATAS & BAWAH: KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mengurniakan hadiah kepada Muhammad Bagus Ma’shum (atas) dari Republik Indonesia dan Muhammad Asyraf (bawah) dari Malaysia selaku juara Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Negara Anggota MABIMS.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerabat diraja yang lain berkenan beramah mesra bersama peserta musabaqah dan orang ramai.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen; DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah; dan DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah turut berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran Peringkat Negara Tahun 1444 Hijrah, malam tadi.
    Persembahan bagi johan setiap kategori.

    “Sesungguhnya Islam telah mencorakkan Brunei dan pemerintahan berajanya. Seterusnya dalam corak keislamannya itu Brunei telah dirahmati oleh Allah dengan kekal utuh menempati wilayahnya sekarang,” sembah beliau.

    Majlis diteruskan dengan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebelum pemakluman keputusan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah dan Musabaqah Menghafaz Al-Quran Berserta Pemahamannya Peringkat Negara Anggota MABIMS Tahun 1444 Hijrah oleh Awang Mohammad Hashim bin Haji Abdullah selaku Timbalan Pengerusi Jemaah Hakim.

    Bagi Musabaqah Meng-hafaz Al-Quran Berserta Pema-hamannya Peringkat Akhir Kebangsaan Tahun 1444 Hijrah, johan Kategori A disandang oleh Dayang Amal ‘Aziyah binti Muhamad Saiful Ashren yang diikuti oleh Dayang Nur Soffiyah Solehah binti Mohammad Fikri selaku naib johan dan Dayang Nur Syifa Hasanah binti Hasanah binti Mohammad Fikri di tempat ketiga.

    Bagi Kategori B, johan disandang oleh Dayang Alya Fathiyyah binti Haji Abdul Rajid diikuti oleh Awang Mohammad Firdaus bin Mohammed Salleh selaku naib johan dan Dayang Nuramal Shofiyyah binti Irma Shukrin di tempat ketiga.

    Johan Kategori C pula di-sandang oleh Awang Ahmad Muhammad @ Munir bin Haji Ibrahim dengan Awang Ahmad Darwish bin Hamdan selaku naib johan dan Awang Muhamad Faiz Najwan bin Muhamad Saleh di tempat ketiga.

    Muncul johan bagi Kategori D pula ialah Awang Ahmad Huzaifah bin Haji Awang Hasbi manakala itu tempat kedua dimenangi oleh Awang Ahmad Hamizan @ Ahmad Aliridha bin Haji Laidin dan Haji Muhammad Bazli Ra’if bin Haji Zulkifli di tempat ketiga.

    Manakala itu, Kategori E menyaksikan Awang Abdul Aziz bin Noor Nasran menyandang gelaran johan diikuti oleh Awang Muhammad Adi Syazani bin Shahri selaku naib johan dan Awang Mohamed Shahmie bin Mohamed Shalahudeen di tempat ketiga.

    Bagi Musabaqah Meng-hafaz Al-Quran Berserta Pema-hamannya Peringkat Negara Anggota MABIMS Tahun 1444 Hijrah, johan Kategori 10 Juz Al-Quran berserta Pemahaman Juz 10, disandang oleh Muhammad Asyraf bin Amir dari Malaysia dengan naib johan disandang oleh Haji Muhammad Bazli Ra’if bin Haji Zulkifli dari Brunei Darussalam dan Rahmiyatul Khairat dari Republik Indonesia di tempat ketiga.

    Bagi Kategori 30 Juz Al-Quran dan berserta Pemahaman Juz 24, johan disandang oleh Muhammad Bagus Mashum dari Republik Indonesia manakala naib johan disandang oleh Awangku Muhammad Abdul Qadir bin Pengiran Haji Ibrahim dari Brunei Darussalam dan tempat ketiga pula dirangkul oleh Afifa Syakirah binti Mohd Radzi dari Malaysia.

    Majlis diserikan dengan persembahan peserta terbaik daripada setiap kategori bagi kedua-dua musabaqah.

    Sejurus itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan menyempurnakan pengurniaan hadiah dan cenderamata kepada para peserta.

    Majlis juga diserikan de-ngan persembahan Selawat Tafrijiyyah serta bacaan Doa Selepas Membaca Al-Quran yang dibawakan oleh pegawai dan kakitangan Kementerian Kewangan dan Ekonomi.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda