Friday, October 18, 2024
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan ke Majlis Santap Petang Hari Puja Usia

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 FEB – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat ke Majlis Santap Petang sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia ke-49 yang dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di Mes Pegawai Bolkiah Garison, hari ini.

    Berangkat mengiringi Duli Yang Teramat Mulia ialah paduka-paduka adinda, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah serta Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Keberangkatan tiba DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah serta kerabat diraja dijunjung oleh Timbalan Menteri Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd Kadir dan Pemerintah ABDB, Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.

    Semasa majlis tersebut, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah dijunjung untuk sesi bergambar ramai dan seterusnya disembah kenalkan kepada anggota ABDB yang terlibat dalam misi Independent Decommissioning Body Verification, Monitoring and Assistance Team (IDB VMAT), Republik Filipina; anggota ABDB yang mengikuti Penugasan Misi Pengaman dalam Malaysian
    Battalion 850-9 (MALBATT 850-9) bagi Misi United Nations Interim Force in Lebanon (UNIFIL); penerima RBAF Commendation Award bagi Kursus Maktab Turus ABDB ke-12 bagi 2022, dan pegawai-pegawai yang baru ditauliahkan yang menerima anugerah-anugerah terbaik bagi pegawai-pegawai kadet pengambilan ke-21, Sekolah Pegawai Kadet
    ABDB.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota kemudiannya disembahkan dengan tayangan klip video serta buku Sejambak Ristaan XVI yang mengandungi koleksi gambar-gambar kenangan termasuk semasa Majlis Santap Petang sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia ke-48 Tahun yang dihoskan oleh Kementerian Pertahanan dan ABDB pada tahun lepas.

    Majlis diikuti dengan penandatanganan lembaran kenangan, upacara memotong kek dan pesambah.

    Bagi memberkati majlis, Doa Kesyukuran dibacakan oleh Pemangku Pengarah Jabatanarah Agama ABDB (JAMA’AT), Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM) berkenan memotong kek puja usia semasa Majlis Santap Petang sempena Sambutan Hari Puja Usia Duli Yang Teramat Mulia ke-49 Tahun yang dianjurkan oleh Kementerian Pertahanan dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) di Mes Pegawai Bolkiah Garison, kelmarin. Turut berangkat ialah YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah. – Gambar oleh Muiz Matdani
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah dan DYTM Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan bergambar ramai semasa majlis santap petang sempena Sambutan Hari Puja Usia DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota ke-49 Tahun anjuran Kementerian Pertahanan dan ABDB di Mes Pegawai Bolkiah Garison, kelmarin.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota semasa berkenan menerima pesambah. Turut berangkat, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik, YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah dan DYTM Paduka Seri 920 Mejar (U) Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan berangkat pada majlis santap. – Gambar oleh Infofoto
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota berkenan disembah kenalkan kepada anggota ABDB.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda