Oleh Nurdiyanah R. –
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JULAI – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan berangkat ke Istiadat Mengadap dan Mengurniakan Bintang-bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda ke-77 Tahun di Istana Nurul Iman, kelmarin.
Turut berangkat ialah kerabat diraja.
Istiadat yang berlangsung penuh adat istiadat di Balai Singgahsana Indera Buana berkenaan bermula dengan pengurniaan titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia, diikuti dengan pengurniaan Bintang-bintang Kebesaran Negara Brunei Darussalam kepada 26 orang penerima.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula berkenan mengurniakan Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (DPKT) yang membawa gelaran Dato Paduka Seri kepada Ketua Turus Pertahanan, Angkatan Bersenjata Diraja Thailand, Jeneral Chalermphon Srisawasdi.
Diikuti dengan pengurniaan Darjah Paduka Seri Laila Jasa Yang Amat Berjasa Darjah Pertama (PSLJ) yang membawa gelaran Dato Paduka Seri Laila Jasa kepada Timbalan Premier Sarawak, Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar II dan Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan, Sarawak, Tuan Yang Terutama Datuk Amar Haji Awang Tengah bin Ali Hasan.
Baginda seterusnya berkenan mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Pertama (SPMB) yang membawa gelaran Dato Seri Paduka kepada bekas Setiausaha Agung ASEAN, Dato Paduka Lim Jock Hoi.
Sementara itu, dua penerima dikurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Kedua (DPMB) yang membawa gelaran Datin Paduka, iaitu Setiausaha Tetap (Sekuriti dan Undang-undang) di Jabatan Perdana Menteri, Hajah Nor Hashimah binti Haji Muhammed Taib; dan Setiausaha Tetap di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Pengiran Datin Shazainah binti Pengiran Dato Paduka Shariffuddin.
Ia diikuti dengan pengurniaan Darjah Setia Negara Brunei Yang Amat Bahagia Darjah Ketiga (SNB) kepada tujuh penerima, iaitu Penolong Pesuruhjaya Polis, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bin Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris; Timbalan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri, Awang Zulhusam bin Haji Abdul Samad; Timbalan Pengarah Biro Mencegah Rasuah (BMR), Syed Azmal bin Syed Ali; Pegawai Khas Kanan di Pejabat Kebawah Duli Yang Maha Mulia, Haji Abdul Karim bin Haji Abdul Wahab; Pemangku Penolong Pengarah BMR, Awang Morshidi bin Haji Metussin; Ketua Penyiasat Khas BMR, Awang Mohammad Khairol Faizal Rizal bin Haji Paijan; dan Penolong Pengarah BMR, Hajah Rahimah binti Haji Hassan.
Baginda seterusnya berkenan mengurniakan Darjah Seri Paduka Mahkota Brunei Yang Amat Mulia Darjah Ketiga (SMB) kepada 14 penerima, iaitu Pengarah Balai Khazanah
Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah, Dr Haji Mohammed Hussain bin Pehin Penyurat Haji Awang Ahmad; Pemangku Pengarah Urusan Agensi Pelaburan Brunei, Haji Sofian bin Mohammad Jani; Timbalan Pemerintah Tentera Darat Diraja Brunei, 497 Kolonel Awang Muhammad Wata bin Abdullah Awat; 520 Kapten Awang Sahibul Bahari bin Haji Zainal Abidin dari Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB); Pengarah Jabatanarah Agama Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), 597 Komander Haji Ainolnizam bin Haji Ibrahim; 386 Kolonel (Udara) Awang Norudin bin Salleh dari ABDB; Pemangku Timbalan Pemerintah Tentera Udara Diraja Brunei, 447 Kolonel (Udara) Awang Hishamuddin bin Abidin; Ketua Pusat Doktrin dan Peperangan Bersama, Kementerian Pertahanan, 491 Kolonel (Udara) Awang Hismawadi bin Haji Mohd Said; Komandan Institut Latihan ABDB, 509 Kolonel Pengiran Noor Rumaizi bin Pengiran Othman; Pemangku Ketua Staf ABDB, 665 Leftenan Kolonel Awang Mohammad Roasri Erwan bin Haji Tasrif; Setiausaha Tetap (Ekonomi, Perdagangan dan Industri) di Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Dr Hajah May Fa’ezah binti Haji Ahmad Ariffin; Timbalan Setiausaha Tetap (Korporat dan Undang-undang) di Kementerian Pembangunan, Dayang Aldila binti Haji Mohamad Salleh; Pengarah Jabatan Perancangan dan Pengurusan Estet, Kementerian Pendidikan, Hajah Mastura binti Haji Sulaiman; dan Timbalan Pengarah Urusan Regulari dan Penyeliaan Brunei Darussalam Central Bank, Hajah Rashidah binti Haji Sabtu.
Bagi memberkati majlis, Doa Selamat dibacakan oleh Mufti Kerajaan, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned.