Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan menerima mengadap

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan menerima mengadap Panglima Besar Angkatan Bersenjata Diraja Kemboja (RCAF), Jeneral Vong Pisen.

    Menyertai Jeneral Vong Pisen ialah Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kemboja ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Hok Sophea; Timbalan Ketua Turus Bersama, Pengarah Keanggotaan, Leftenan Jeneral Chim Sok; Pengarah Kabinet, Mejar Jeneral Hang Chenda; dan Pembantu Panglima Besar RCAF, Mejar Hun Makara.

    Juga hadir semasa majlis mengadap di Istana Nurul Iman tersebut ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd. Kadir; dan Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan.

    Jeneral Vong Pisen dan rombongan berada di negara ini bagi lawatan rasmi tiga hari, hingga esok.

    Negara Brunei Darussalam dan Kemboja mempunyai hubungan diplomatik yang mula terjalin pada 1992. Perhubungan pertahanan dua hala telah berkembang dengan penglibatan yang merangkumi lawatan, mesyuarat pertahanan dan ketenteraan, eksesais, latihan dan kursus.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah ketika berkenan menerima mengadap Jeneral Vong Pisen dan rombongan di Istana Nurul Iman, kelmarin.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda