Saturday, April 20, 2024
25 C
Brunei

    -

    Berkenan menerima mengadap ketua-ketua perwakilan asing

    Gambar oleh Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JAN – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu‘izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, petang tadi berkenan menerima mengadap secara berasingan ketua-ketua perwakilan asing yang akan menamatkan perkhidmatan, di Istana Nurul Iman.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia mula-mula berkenan menerima mengadap Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Demokratik Rakyat Laos ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Phonetavy Boutdara seterusnya Pesuruhjaya Tinggi Republik India ke Negara Brunei Darussalam, TYT Ajaneesh Kumar.

    Masing-masing telah menyembahkan surat tauliah pelantikan kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia pada 7 Julai 2018 dan 15 Januari 2019.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan menerima mengadap TYT Phonetavy Boutdara, kelmarin.
    Baginda Sultan berkenan menerima mengadap TYT Ajaneesh Kumar pada majlis yang berlangsung di Istana Nurul Iman.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...