Oleh Muiz Matdani
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, kelmarin, telah berkenan menerima mengadap perpisahan daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Kesultanan Oman ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Sheikh Ahmed bin Hashil Al-Maskari.
Semasa majlis mengadap di Balai Penghadapan itu, Duli Yang Teramat Mulia mengucapkan terima kasih kepada Tuan Yang Terutama atas sumbangannya kepada hubungan kukuh yang dikongsikan oleh Kesultanan Oman dengan Negara Brunei Darussalam, serta mendoakan kejayaannya dalam tugasan masa depan.
