Tuesday, February 4, 2025
23.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Berkenan mentauliahkan Kapal Peronda Kapal Diraja Brunei AL-FARUQ

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 DIS – Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, hari ini berkenan berangkat ke Upacara Pentauliahan Kapal Peronda Kapal Diraja Brunei AL-FARUQ yang berlangsung di Jeti Bravo, Pangkalan Tentera Laut Muara.

    Upacara Pentauliahan Kapal Peronda Kapal Diraja Brunei AL-FARUQ ini diadakan dan diselenggarakan dengan Program Pemimpin-Pemimpin Muda Ke-9 di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Singapura yang mana pada tahun ini dihoskan oleh Negara Brunei Darussalam.

    Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota di Jeti Bravo dijunjung oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan II, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (Bersara) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof; Pemerintah Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), Mejar Jeneral Dato Paduka Seri Haji Muhammad Haszaimi bin Bol Hassan, dan Pemangku Pemerintah Tentera Laut Diraja Brunei (TLDB), Kapten Haji Mohamad Sarif Pudin bin Matserudin, TLDB. 

     

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan mengurniakan sabda pentaulihan Kapal Peronda Al-Faruq. – Gambar oleh Muiz Matdani
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah berkenan dijunjung bagi bergambar ramai di bridge wing Al-Faruq. – Gambar oleh Muiz Matdani

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Khamis.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda