Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Berkenan meriahkan TBC

    Oleh Ak Zaki Kasharan, Yusrin Junaidi & Syahmi Hassan
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JAN – Masyarakat Tionghua di negara ini mula menyambut Tahun Baharu Cina (TBC) hari ini bagi mengalu-alukan Tahun Arnab dalam kalendar Cina.

    Pada sambutan hari ini, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak
    Isteri Pengiran Anak Sarah berkenan berangkat ke kediaman Pengarah Urusan Goh Hock Kee Motors Sdn Bhd, Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin dan Datin Chang Nyuk Kee di Kampung Sungai Besar, Kota Batu.

    Berangkat sama ialah anakanda-anakanda, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim, Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Muhammad Aiman dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah.

    Keberangkatan tiba DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah berserta anakanda-anakanda dijunjung oleh Yang Dimuliakan Pehin dan isteri serta ahli keluarga mereka.

    Terdahulu sebelum itu, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia berkenan berangkat ke majlis rumah terbuka Pengarah Urusan D’ Sunlit Sdn Bhd, Jackson Ting, juga terletak di Kampung Sungai Besar.

    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bersama YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim, YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman dan YTM Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah berkenan menyertai menggaul Yee Sang bersama keluarga Jackson Ting di Kampung Sungai Besar. – Gambar oleh Muiz Matdani
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bersama anakanda-anakanda, YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim, YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman dan YTM Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah berkenan dijunjung bergambar ramai bersama
    keluarga Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bersama anakanda-anakanda berkenan dijunjung bergambar ramai bersama keluarga Chieng Ing Nang.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah bersama anakanda-anakanda, YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim, YTM Pengiran Muda Muhammad Aiman dan YTM Pengiran Anak Faathimah Az-Zahraa’ Raihaanul Bolkiah berkenan menggaul Yee Sang bersama keluarga Dato Seri Lau Kung Ching.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah bersama anakanda-anakanda, YAM Pengiran Anak Muthee’ah Raayatul Bolqiah, YAM Pengiran Anak Fathiyyah Rafaahul Bolqiah dan YAM Pengiran Anak Khaalishah Mishbaahul Bolqiah, berkenan berangkat ke kediaman Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin.

    Keberangkatan tiba Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia dijunjung oleh Jackson Ting sekeluarga.

    Pada majlis itu, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah juga berkesempatan menyertai keluarga Jackson Ting menggaul Yee Sang yang merupakan acara tradisi masyarakat Cina.

    Keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Teramat Mulia bersama anakanda-anakanda kemudian diteruskan ke kediaman Pengarah Urusan Bayu Ilham Motors Sdn Bhd, Chieng Ing Nang di Kampung Jangsak dan Pengarah Urusan Ezy Printing, Dato Gilbert Tiong di Kampung Jerudong serta kediaman Pengarah Urusan Goldmyne Hardware Sdn Bhd, Dato Seri Lau Kung Ching di Jalan Tutong.

    Secara berasingan pada sebelah petang, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah serta anakanda-anakanda, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Muthee’ah Raayatul Bolqiah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Fathiyyah Rafaahul Bolqiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak

    Khaalishah Mishbaahul Bolqiah turut berkenan berangkat ke rumah terbuka keluarga Yang Dimuliakan Pehin Kapitan Lela Diraja Dato Paduka Goh King Chin dan Jackson Ting.

    Semasa keberangkatan di kediaman Jackson Ting, Duli Yang Teramat Mulia dan Yang Amat Mulia serta anakanda-anakanda juga berkesempatan menyertai keluarga Jackson Ting menggaul Yee Sang.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...