Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Berkenan rasmi Jambori Nasional ke-5

    Oleh Nurdiyanah R.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah berkenan mencuba permainan beyblade. – Gambar oleh Khayr Zakariyya

    TUTONG, 4 DIS – Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, hari ini, berkenan berangkat bercemar duli ke majlis perasmian Jambori Nasional ke-5 Brunei Darussalam di Padang Kompleks Dewan Kemasyarakatan, Pekan Tutong.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri (JPM); Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen.

    Keberangkatan tiba Baginda Sultan dan paduka-paduka anakanda dijunjung oleh Yang Di-Pertua PPNBD, Dato Paduka Ar Haji Idris bin Haji Abas serta ahli-ahli jawatankuasa tertinggi.

    Majlis dimulakan dengan nyanyian Lagu Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ‘Allah Peliharakan Sultan’ dan diikuti dengan bacaan Surah Al-Fatihah; dan Doa Allah Peliharakan Sultan dan Negara Brunei Darussalam yang dipimpin oleh ahli Pengakap Kelana, Pasukan Kelana Terbuka Tutong 2020 (2020 Tutong Rover Crew members), Awang Muhammad Aqil Arfan bin Arjune.

    Ikuti berita lanjut di Media Permata keluaran Selasa.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...